TERKINI: Hajiji Umum Pembubaran DUN Sabah Ke-16

 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2025.

KOTA KINABALU, 6 Okt – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dibubarkan secara rasmi hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Terdahulu, DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Oktober sekiranya tiada pengumuman pembubaran seperti diumumkan Hajiji dalam satu sidang media khas di sini sebentar tadi.

Hajiji menambah, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN negeri itu seperti yang telah dipersetujui dalam rundingan yang telah diadakan sejak setahun lalu.

Kenderaan yang membawa Hajiji memasuki Istana Seri Kinabalu sekitar jam 8.51 pagi 6 Oktober 2025. Foto Astro Awani

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan kabinet negeri selama memerintah sejak September 2020.

Terdahulu Hajiji telah mengadap Tuan Yang Terutama (TYT) Yang diPertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi memohon perkenan membubarkan DUN kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Serentak itu, Hajiji akan melaksanakan tugas selaku Ketua Menteri sementara sehingga pembentukan kerajaan negeri baharu dibuat selepas PRN ke-17 kelak.



No comments: