Naib pengerusi AMANAH Johor Zuhan Zain berkata bahawa PH Johor sedang
mempertimbangkan sama ada untuk bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua
kerusi di Johor di dalam pilihan raya negeri akan dating.
“Kemungkinan pertama adalah kerjasama bersama dengan BN Johor dalam
berhadapan dengan PRN nanti dan hal ini juga memerlukan komitmen dari PH Johor
untuk membawa agenda pembahagian kerusi sama rata antara BN-PH di Johor.
“Kemungkinan kedua yang boleh berlaku adalah gabungan PH bertanding di
semua kerusi di Johor tanpa ada kerjasama dengan BN dan mana-mana gabungan lain
di Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
PRN Johor dijangka berlangsung awal tahun 2026 selepas tempoh mandat
tamat dalam bulan Mac.
Tiga negeri lain yang juga perlu mengadakan PRN ialah Melaka, Sabah dan
Sarawak.
PH dan BN sepakat di peringkat kerajaan pusat tetapi kesepakatan
peringkat negeri belum dimuktamadkan. Ini termasuklah pembahagian kerusi DUN.
Dalam pada itu Zuhan berkata bahawa PH Johor perlu memuktamadkan perkara
ini kerana gerak kerja mendekati rakyat perlu dilaksanakan.
“Keputusan ini perlu segera dibuat berikutan masa yang tinggal adalah
singkat untuk melakukan gerak kerja mendekati rakyat agar PH terus mendapat
kepercayaan rakyat di negeri ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment