HarapandailyMay 11, 2025
Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh mengesahkan 28 ahli parti
termasuk mereka yang menang bertanding, dipecat berbanding 36 ahli sepatutnya.
Menurutnya, 11 daripada mereka membuat rayuan seterusnya diterima semula
menjadi ahli selepas mengemukakan bukti komitmen sebagai ahli seperti surat
sokongan dan rekod kegiatan pada peringkat akar umbi.
“Selepas pusingan pertama pencalonan pada peringkat Cabang, Majlis
Pimpinan Pusat (MPP) mengenal pasti seramai 36 ahli untuk dipecat.
“Namun begitu, 11 daripada mereka membuat rayuan dan jumlah yang dipecat
adalah seramai 28 ahli termasuklah mereka yang menang dalam pemilihan,”
katanya, lapor BH.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu
berkata, pihaknya memerlukan bukti yang kukuh sebelum tindakan pecat dilakukan
oleh parti walaupun ada yang sudah memenangi pemilihan.
No comments:
Post a Comment