BERMESYUARAT BERSAMA PELABUR DARI GOOGLE.



 Pagi tadi saya telah mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden & Ketua Pegawai Pelaburan syarikat gergasi teknologi Alphabet & Google, Ruth Porat.






Sesi ini adalah susulan daripada pertemuan kami di Amerika Syarikat tahun lalu.


Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan bidang-bidang yang boleh diperluas syarikat tersebut di Malaysia berdasarkan penerangan terdahulu saya kepada beliau terkait misi dan tumpuan Kerajaan Malaysia. Alphabet & Google amat mengalu-alukan kepimpinan, komitmen dan kepantasan pemudah cara yang telah diberikan Kerajaan Malaysia sejak pertemuan lalu. 


Perbincangan kami turut menyentuh kepentingan kerjasama dan dukungan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) terkait sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian. Saya tegaskan bahawa ikhtiar-ikhtiar ini akhirnya perlu membawa manfaat ekonomi dan sosial yang menyeluruh tanpa meninggalkan mana-mana kelompok masyarakat terutamanya dari segi literasi teknologi.


Semoga usaha ini akan membuahkan hasil terutamanya melancarkan perancangan transisi teknologi negara dan pewujudan pekerjaan.


#MalaysiaMADANI