SADDING NI LENA KA APA?






 Pening tengok sidang media Saddiq tadi. Ingatkan pandai sangat. Tapi standard MP PN yang lain juga rupanya. Kedunguan tanpa batasan.


Dia sebut 4 tapi dalam video tu 2 perkara je yang disentuh. Pertama soal subsidi. Dia kata golongan M40 akan paling terjejas.


Siap buat contoh T20 di Kelantan akan jadi B40 di KL. Saddiq tak pergi parlimen ke? Atau dia tidur? Dia tak scroll social media ke? Atau cuma tengok awek bergelak di TikTok?


Berulang kali Rafizi beritahu, kerajaan takkan pakai lagi klasifikasi yang ada sekarang. Satu database baharu sedang dikemaskini.


Pangkalan Data Utama (PADU) akan mula diuji awal 2024 dan perlaksanaan sepenuhnya di penghujung tahun 2024. Saddiq tak tahu ke?


PADU nanti bukan hanya lihat kepada pendapatan isi rumah saja sebaliknya pendapatan boleh pakai. Bermakna jumlah anak, lokasi dan sebagainya akan dimasukkan dalam kira-kira.


Jadi yang T20 sekarang mungkin nanti akan jadi M40. Yang M40 boleh jadi B40. Bermakna akan lebih ramai akan dapat subsidi.


Perihal harga ayam dan telur, sekarang ni bekalan telur mungkin masih belum cukup. Tapi ayam dah melambak di pasar dah. Malahan banyak pasaraya yang jual di bawah harga siling.


Berkenaan SST. Saddiq keliru antara SST dan GST. Dia sebut cukai barangan dan perkhidmatan. Tapi SST sebenarnya cukai jualan dan perkhidmatan.


Cukai jualan 0%, 5% dan 10% berdasarkan barang yang ditetapkan oleh kerajaan. Cukai perkhidmatan pula 6%. Yang naik dari 6% ke 8% adalah cukai perkhidmatan. Tak dikenakan pada barangan.


Boleh baca di https://tinyurl.com/bdhmp8h9


Pengecualian diberi pada F&B dan telekomunikasi. Cukuplah sebab itu yang selalu marhaen gunakan setiap hari. Itu dah memadai.


Tapi contoh yang budak ni pakai tentang pengurus restoran tu mengelirukan. Dia sebenarnya tentang SST dinaikkan atau dia marah F&B dikecualikan?


Kalau dengar dia cakap, cerita kepayahan pengurus restoran tu, macam dia nak suruh PMX tarik balik pengecualian tu.


Kesian aku tengok Saddiq ni. Dia dah jadi macam Sanusi dah. Sengaja cari salah PMX walaupun tak ada sampai diri sendiri nampak bodoh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

No comments: