Radin Mihammad Imaduddin
5 sebab kenapa belanjawan kali ini begitu luar biasa hebat kepada sektor pendidikan
1. Ini kali pertama diumumkan belanjawan untuk pembinaan 26 buah sekolah sejak sekian lama. Kebiasaannya, sekitar 5 atau 6 buah sahaja. Perkara ini akan memberikan manfaat kepada lebih 50,000 orang murid dan 3,000 orang guru. Isu kepadatan murid dalam satu satu sekolah semakin parah apabila perencanaan pembinaan sekolah terlalu perlahan. Kali ini, luar biasa.
2. Peruntukan geran perkapita murid untuk sekolah agama rakyat yang dihapuskan sejak 2003, dikembalikan semula. Hal ini bakal memberikan manfaat kepada lebih 2,000 buah sekolah agama persendirian dengan bilangan murid menjangkau 245,000 orang (Anggaran semua). Kebanyakan sekolah agama persendirian ni mengalami cabaran prasarana yang amat daif serta kebajikan guru yang perlu dibela dan terpaksa bergantung penuh kepada yuran dan sumbangan daripada ibu bapa serta masyarakat. Setelah 20 tahun, barulah kita mendengar semula inisiatif ini dikembalikan.
3. Fokus kepada penyelenggaraan sekolah daif diteruskan lagi pada 2024 kepada 450 buah sekolah, termasuk 185 buah di Sarawak dan 155 buah di Sabah. Perkara ini amat penting memandangkan akses kepada kemudahan asas persekolahan merupakan teras kepada pendidikan. Maknanya, jika ditambah pada tahun ini, jumlahnya mencecah 1450 buah sekolah. Ada tempat belajar yang baik itu jelas suatu yang asas. As simple as that.
4. Isu keciciran murid dalam pembelajaran, khususnya terkait dengan asas literasi 3M akibat pandemik diberikan penekanan. RM100 juta diperuntukkan menunjukkan betapa hal ini menjadi keutamaan agar tidak ada siapa dipinggirkan dalam mendapat akses asas pendidikan. Pada waktu ini, murid tercicir adalah dalam lingkungan 0.99% yang mana jika dijumlahkan menghampiri 50,000 orang. Jelas inisiatif ini terus kepada golongan rakyat yang terpinggir yang hampir keseluruhan adalah kelompok termiskin dalam negara.
5. Kerajaan mengambil tindakan tepat dengan mengumumkan pelibatan semua pihak dalam membina rupa wajah pendidikan masa depan. Maka, komitmen ini dijelmakan melalui perencanaan mendapatkan sebanyak mungkin input dalam Jelajah Masa Depan Pendidikan Negara. Hakikat ini menunjukkan kesediaan kerajaan merakyatkan proses penggubalan pelan pendidikan; keterbukaan yang amat penting dalam dunia masa depan.
Nampak?
😊
#PMX
#KaramahInsaniah
#MalaysiaMadani
#reformasipentadbiranpmx
#BelanjawanMadani