Media Malaysia tak
bebas? Hanya keluarkan berita puji-pujian kerajaan je?
Mahathir ni bukan apa. Dia teringat apa yang dia
buat masa jadi PM dulu. Masa tu memanglah dia kawal segala jenis media. Siapa
siarkan berita yang tak memihak kepadanya, memang kena la.
Tapi sekarang, aku rasa rakyat boleh lihat
sendiri. Banyak media yang terlajak bebas sampaikan fitnah pembangkang pun
dapat siaran yang besar di muka hadapan akhbar dan portal mereka.
Media seperti Sinar Harian dan Awani, dua media
arus perdana yang ada masa kelihatan seperti lidah rasmi PN, lebih banyak
siarkan berita pembangkang berbanding kerajaan. Tak bebas lagi?
Bahkan fitnah yang Mahathir lontarkan ini pun
dapat siaran Utusan Malaysia. Kalaulah media dikawal, takkanlah Utusan berani
nak siar berita begini. Kan? Macam masa Mahathir jadi PM dulu. Sampai orang
gelar Utusan Malaysia jadi Utusan Meloya
Yang aku pelik, Mahathir kata nak lawan rasuah.
Tapi dia serang DS Anwar yang sedang memerangi rasuah. Sedangkan orang yang
sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah, dia berkepit.
Tak dengar lagi Mahathir kutuk Mahiaddin. Yang ada
berita dia nak masuk PN. Kalau Mahathir betul benci rasuah, takkanlah berita
Mahiaddin curi duit rakyat sampai beratus juta tak beri kesan padanya?
Kan dah jelas, Mahathir cuma nak kuasa. Bukan nak
lawan rasuah sangat. Dan dia juga nak jatuhkan DS Anwar sebab DS Anwar melawan
rasuah. Agaknya dia takut ada rahsianya yang bakal terbongkar.
Rakyat Malaysia dadah cerdik. Maklumat berada di
hujung jari je sekarang ni. Mahathir kena sedar tu. Tolonglah nasihatkan dia.
Ajarlah dia IT sikit-sikit. Biar dia tahu tak mudah nak tipu rakyat sekarang.
Kenyataan begini hanya akan memburukkan lagi
reputasinya. Kalau dia bersara, dia akan mati dengan dikenang sebagai
negarawan. Tapi sebab gila kuasa, dia lebih dikenang sebagai pengkhianat. Guane
boh?