Ini lagi sorang. Bila DS Anwar bersuara, cepat betul dia
berkomentar. Kadir Jasin kata DS Anwar masih dalam lipatan masa dan beban
lampau. Dia suruh DS Anwar move on.
Rasanya Kadir ni marah sebab DS Anwar ungkitkan kejahatan
Mahathir. Paha Mahathir kena cubit, paha Kadir pulak yang terasa sakitnya ye?
Tapi apa salah DS Anwar ungkit? Sebab baru-baru ini Mahathir dah
menyerang pentadbiran DS Anwar. Katanya pentadbiran DS Anwar ini tak utamakan
Melayu.
Sedangkan selama 22 tahun dan 22 bulan Mahathir berkuasa, orang
Melayu tetap ketinggalan. Jika ada pun, hanyalah segelintir yang berjaya.
Itupun dari kalangan kroni Mahathir juga.
Tiba-tiba dah tak ada kuasa, baru nak cakap Melayu ketinggalan.
Masa jadi PM dulu apa yang Mahathir tak kutuk Melayu? Pemalas la. Haprak la.
Banyak lagilah kalau nak dihitung.
DS Anwar dah lama move on. Beliau dah maafkan Mahathir pada
tahun 2018. Punyalah baik hati DS Anwar, siap sokong Mahathir jadi PM interim.
Tapi lepas dapat kuasa, apa yang Mahathir buat? Dan bila hilang
kuasa, DS Anwar dijadikan sebagai sasaran. Sedangkan DS Anwar tak sentuh pun
dia.
Kadir tak perlu nak sensitif sangat. Ucapan itu pun dibuat dalam
kongres parti. DS Anwar berucap pun sebagai presiden parti. Bukan sebagai PM.
Orang luar tak payah nak menyampuk.
Kadir juga sentuh tentang Menteri Dalam Negeri, Saifuddin
Nasution yang berikan pengecualian kepada UMNO dalam soal pemilihan presiden
dan timbalan presiden.
Apa yang Kadir sakit hati? Kata Kadir orang ramai boleh terima
BN kerjasama dengan PH tak tidak dalam soal kedua jawatan itu tak
dipertandingkan.
Siapa orang ramai tu? Kalau bukan ahli UMNO, tak payah nak
sibuk. Ahli UMNO pun terima. Buktinya, kem Zahid menang besar dalam pemilihan
yang sedang berlangsung sekarang.
Zaman dah berubah. Mungkin Kadir dulu cakapnya kedengaran hebat.
Tapi sekarang, dah makin ramai rakyat yang celik politik. Ramai yang lebih
hebat pemikiran mereka berbanding Kadir.
Jadi, adalah lebih baik kalau Kadir diam dan tumpu kepada
kehidupan peribadi. Biar generasi sekarang uruskan politik semasa. Guane boh?
.