Pakatan Harapan (PH) enggan
mengeluarkan sebarang ulasan berhubung pendedahan yang dibuat Pasukan Petugas
Khas (STF) terhadap buku memoir Tan Sri Tommy Thomas.
Walaupun
bekas Peguam Negara (AG) itu dilantik semasa kerajaan PH berkuasa sebelum ini,
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Thomas bukan ahli parti politik dan
tidak ada keperluan untuk mereka mengulas berhubung hasil siasatan tersebut.
“Kami
tidak perlu menjawab untuk Thomas. Dia adalah bekas AG (Peguam Negara) dan dia
bukan pemimpin PH. Dia juga bukan ahli mana-mana parti politik,” katanya yang
percaya Thomas akan dapat mempertahankan dirinya sendiri katanya dipetik
laporan BH.
Terdahulu,
STF mendedahkan hasil siasatan melibatkan buku kontroversi ditulis oleh Thomas
tersebut.
“Kita
tahu (Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri) menggunakan isu ini sebagai
peluru.
“Kita
tahu mereka mahu mempolitikkan ini dan memanfaatkannya untuk pilihan raya, jadi
kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap itu,” katanya.
Hasil
siasatan STF kini didedahkan kepada awam apabila Kabinet menyahklasifikasikan
hasil siasatan itu pada 13 Oktober lalu.
STF
turut mengesyorkan Tommy disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan
(membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1072.