BIASA LAH ORANG TAMAK NAK TUMPANG ORANG LAIN. DAH SERONOK PEGANG JAWATAN DAN MAKAN GAJI BUTA...

 




Ketua Bahagian UMNO sindir PAS tamak, pilih kerjasama dua parti

 

PAS diberi kata dua Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama memilih mereka atau Bersatu.

 

Susulan keputusan PAS untuk meneruskan kerjasama dengan dua parti bermusuhan, seorang Ketua UMNO Bahagian menyindir parti Islam tersebut sebagai tamak.

Ketua Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman menyifatkan keputusan yang diputuskan PAS hari ini menunjukkan ketamakkan mereka yang masih mahu bekerjasama dengan PAS dan pada masa sama masih juga mahu bersama UMNO.

“Kebiasaannya orang tamak ini di akhirnya selalu rugi dan jangan jadi ‘abang besar’ kerana mahu bersama dengan kedua-dua parti.

“Kalau PAS dengan kaedah dia mahu bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan tidak perlu (hendak bersama) UMNO. Jangan main tarik tali.

“UMNO tidak pernah memaksa PAS untuk menerima kita dan jangan jadikan UMNO sebagai satu bebanan. PAS boleh teruskan jika parti itu hendak bersama dengan Bersatu,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tiada sebarang keputusan dibuat berhubung dengan syarat diletak UMNO yang mahu mereka memutuskan kerjasama dengan Bersatu.

Sebelum ini, UMNo memberi tiga syarat sebagai kata dua untuk meneruskan kerjasama dengan PAS termasuk meninggalkan Bersatu dan PN.

Zawawi berkata pendirian UMNO dibuat itu juga sama dengan pendirian PAS yang sebelum ini tidak boleh menerima kerjasama dengan dipimpin bekas ahlinya, iaitu Parti Amanah kerana keluar parti sebelum ini.

“PAS kena tafsir diri sendiri bagaimana Parti Amanah yang keluar daripada parti itu tetapi tidak pernah menarik Ahli Parlimen PAS menjadi Ahli Parlimen mereka. Namun, PAS tetap tidak boleh terima Amanah,” katanya lagi.

 

No comments: