SHAMSUDIN NAWAWI
EQUALITY BEFORE THE LAW.
Ini lah ungkapan yang selalu kita dengar bila kita bercakap
tentang semua orang sama di sisi undang-undang.
Tapi kalau kita wakil rakyat, undang-undang yang terpakai tidak
sama dengan rakyat.
Kalau kita YB, kita menyamun merompak mencuri rasuah salah guna
kuasa, waima kalau kita bunuh orang sekali pun, habis semua proses rayuan
hingga mahkamah tertinggi sekali pun, status YB kita masih belum hilang kalau
dalam masa 14 hari kita failkan petisyen minta ampun. Dan YB itu masih tetap YB
selagi petisyen itu belum diberikan keputusan.
Rakyat nak pulak yang marhaen, ada yang nak merayu pun tak
mampu. Kalau merayu tapi tetap sabit kesalahan, itu jam juga segala jawatan
termasuk pencen terus lucut. Kalau nak buat petisyen minta ampun pun tunggu lah
dulu merengkok dalam penjara. Kalau sakit klinik penjara ada. Kalau dah nazak
sangat lah baru hantar ke hospital dengan tangan bergari juga.
Kita cabar lah YB² itu pinda undang-undang itu. Mau mereka nak
setuju? Kalau pinda akta naikkan elaun tak dan tunggu hari siang semua berpadu
jerit setujuuuu....
Setakat dua tiga hari ini yang kita hari² baca mereka yang ada
title YB lah banyak sebat rembat harta negara. Kalau tak mereka, bini mereka.
Kalau tak bini kaum keluarga kuncu dan kroni. Yang berpaling tadah pun ada.
Mereka lah yang pegang juara keymark!