EQUALITY BEFORE THE LAW.

 

SHAMSUDIN NAWAWI


EQUALITY BEFORE THE LAW.

Ini lah ungkapan yang selalu kita dengar bila kita bercakap tentang semua orang sama di sisi undang-undang.

Tapi kalau kita wakil rakyat, undang-undang yang terpakai tidak sama dengan rakyat.

Kalau kita YB, kita menyamun merompak mencuri rasuah salah guna kuasa, waima kalau kita bunuh orang sekali pun, habis semua proses rayuan hingga mahkamah tertinggi sekali pun, status YB kita masih belum hilang kalau dalam masa 14 hari kita failkan petisyen minta ampun. Dan YB itu masih tetap YB selagi petisyen itu belum diberikan keputusan.

Rakyat nak pulak yang marhaen, ada yang nak merayu pun tak mampu. Kalau merayu tapi tetap sabit kesalahan, itu jam juga segala jawatan termasuk pencen terus lucut. Kalau nak buat petisyen minta ampun pun tunggu lah dulu merengkok dalam penjara. Kalau sakit klinik penjara ada. Kalau dah nazak sangat lah baru hantar ke hospital dengan tangan bergari juga.

Kita cabar lah YB² itu pinda undang-undang itu. Mau mereka nak setuju? Kalau pinda akta naikkan elaun tak dan tunggu hari siang semua berpadu jerit setujuuuu....

Setakat dua tiga hari ini yang kita hari² baca mereka yang ada title YB lah banyak sebat rembat harta negara. Kalau tak mereka, bini mereka. Kalau tak bini kaum keluarga kuncu dan kroni. Yang berpaling tadah pun ada.

Mereka lah yang pegang juara keymark!