ASRAF JEFFRY
"Amik degree kena loan RM25k,bila grad,kerja dapat gaji
RM2k. Lepas SPM pun boleh dapat RM2k,takyah fikir loan."
.
Saya tidak faham dari mana keluarnya idealogi sebegini.Saya
tidak nafikan apa yang dipertikaikan itu betul tetapi sebenarnya tidak adil.
Bila orang yang ada degree berkerja pada landasannya, mungkin gajinya sama
dengan gaji waiter di kedai tetapi possibility untuk dia naik pangkat,dapat
offer kerja yang lagi bagus itu tinggi berbanding waiter di kedai.
.
Saya ada seorang kawan grad dari Jepun. Balik ke Malaysia,masuk
ke kilang Canon Malaysia. Gaji yang ditawarkan ialah RM2.5k. Bayangkan,grad
Jepun gaji hanya RM2.5k. Tapi dia kekal di sana, kerja dengan ikhlas dan
bersungguh.
.
Dalam masa beberapa bulan,gajinya naik RM3k disebabkan ramai
kawan-kawan yang lain berhenti. Dalam masa sama,dia intai peluang untuk masuk
kerja ke Government,pergi temuduga SPA dan sebagainya,Alhamdulillah,dia dapat
kerja di UiTM dengan pangkat dan gaji yang lebih besar.
.
Ada juga seorang kawan saya lagi yang kerja di Rohm Wako dengan
gaji RM3k. Selepas 3-4 tahun berkerja,dia dapat pindah ke JKR dengan gaji dan
tawaran yang lebih lumayan.
.
Ketahuilah cerita mereka yang grad terus dapat gaji RM5k itu
hanyalah satu dalam seribu. Ramai orang mula dari bawah dan mendaki secara
perlahan-lahan. Ketika berkerja, bina portfolio,tambah skill dan dalam masa
sama,intai peluang yang ada di luar sana.
.
Lumrah di Malaysia,kalau nak naik gaji dalam syarikat yang sama,
maaf sebab saya terpaksa bagi satu perumpamaan yang ekstrim,kita kena doakan
senior atau Manager kita mati dahulu baru dapat naik pangkat dan terima
kenaikan yang tinggi. Kalau tidak, kenaikan gaji tidak sampai pun 10%. Kenaikan
gaji saya di syarikat lama hanya 2% atau RM70 sahaja. Oleh sebab itu tidak
ramai orang
hebat
kekal dalam sektor perkilangan. (Dulu saya berkerja sebagai
Sales Enginee)
.
Saya tidak nafikan di awal-awal kerja penat dan sakit. Setiap
hari kena bangun pagi, baru nak kenal politik dalam syarikat dan kena bayar
loan degree tadi. Tapi ini juga adalah satu tempoh pembelajaran untuk perbaiki
diri.
.
Tiada orang yang lahir-lahir boleh terus berlari sambil minum
air Coke. Aduh,terlepas tulis air Coke,sepatutnya tulis air Teh Beng
Kelate,takpa,abaikan. Semua orang bermula dari tidak pandai
berjalan,merangkak,berdiri, berjalan,berlari dan tulis post hentam Kerajaan
Negeri Kelantan. Ada langkah demi langkah.
.
Jadi,kena sabar. Jangan gopoh. Kalau duit bulanan tidak
cukup,cuba rendahkan dulu perbelanjaan bulanan atau tambah pendapatan
sampingan. Saya ada ramai kawan yang sambil berkerja,dia buat part time Takaful
atau jadi ejen Dropship. Bahkan, ada Youtuber-Youtuber yang terkenal sekarang
bermula dengan 'Part Time' di waktu malam dan hujung minggu.
.
Sebelum saya tekan button post,saya nak tegaskan yang saya bukan
ingin menormalisasikan budaya yang tidak bagus iaitu bagi fresh grad RM2k untuk
tahun 2022 di mana inflasi menggila. Saya sendiri mengakui RM2k adalah sakit
kalau nak hidup di ibu kota. Tetapi saya ingin tegur mereka yang mempunyai
mindset tidak ingin sambung belajar disebabkan gaji lepasan University dengan
lepasan SPM sama.
.
Apa-apa pun,kalau anda tidak ingin sambung belajar dan nak gaji
RM2k,saya ada 5 kekosongan di Samurai Yakiniku Bangi.
Lepas tambah OT,Elaun dan bonus,Insya Allah anda boleh dapat RM2.3k sebulan.
Kalau anda sedang belajar dan nak buat part time ketika tiada kuliah pun boleh
PM tetapi gaji tidak dapat RM2.3k sebulan,hihi.
.
Tahniah kalau anda dapat baca post ini sampai habis.
Tapi tiada link Shopee,yang ada;
Nur.Shopee.