Seorang professor daripada UKM mencadangkan agar kenderaan
berusia lebih 10 tahun untuk dilupuskan. Ini pendapat orang kaya. Sama macam
pendapat 'pakar ekonomi' tentang GST tempohari.
Tidak ada logik kenderaan berusia lebih 10 tahun kalau
dilupuskan boleh membantu kurangkan kesesakan jalanraya. Sebab lepas keretanya
dilupuskan, pemilik akan beli kereta baharu.
Yang jadi kurang adalah pendapatan rakyat. Sebab akan terus
berhutang. Pinjaman kereta 9 tahun. Baru habis hutang setahun, dah kena hutang
lagi. Entah dari sudut apa kebaikannya nanti?
Yang untung tauke kereta. Yang susah tetap rakyat. Bagusnya
pakar yang beri idea menyusahkan begini kita potong gajinya biar setara B40.
Kemudian kita tengok kalau-kalau dia nak keluarkan cadangan yang sama lagi.
Kalau betulkan nak hapuskan kesesakan jalan raya, pertama
tingkatkan sistem pengangkutan awam dan turunkan harga tambang. Baru rakyat ada
keyakinan untuk gunakan perkhidmatan awam.
Kedua, kembangkan kawasan industri. Ini tidak. Semua tertumpu di
KL. Sedangkan kawasan berhampiran macam Klang, Seremban bahkan Melaka boleh
juga ditawarkan kepada pelabur.
Kalau nak ikutkan, ada 1,001 cara lagi yang boleh dibuat untuk
tangani kesesakan jalanraya. Aku marhaen boleh fikirkan. Entah kenapa pakar
boleh fikir untuk lupus kereta tua je? Guane boh?