MESTI PROFF NI GANG PEJA




Seorang professor daripada UKM mencadangkan agar kenderaan berusia lebih 10 tahun untuk dilupuskan. Ini pendapat orang kaya. Sama macam pendapat 'pakar ekonomi' tentang GST tempohari.

Tidak ada logik kenderaan berusia lebih 10 tahun kalau dilupuskan boleh membantu kurangkan kesesakan jalanraya. Sebab lepas keretanya dilupuskan, pemilik akan beli kereta baharu.

Yang jadi kurang adalah pendapatan rakyat. Sebab akan terus berhutang. Pinjaman kereta 9 tahun. Baru habis hutang setahun, dah kena hutang lagi. Entah dari sudut apa kebaikannya nanti?

Yang untung tauke kereta. Yang susah tetap rakyat. Bagusnya pakar yang beri idea menyusahkan begini kita potong gajinya biar setara B40. Kemudian kita tengok kalau-kalau dia nak keluarkan cadangan yang sama lagi.

Kalau betulkan nak hapuskan kesesakan jalan raya, pertama tingkatkan sistem pengangkutan awam dan turunkan harga tambang. Baru rakyat ada keyakinan untuk gunakan perkhidmatan awam.

Kedua, kembangkan kawasan industri. Ini tidak. Semua tertumpu di KL. Sedangkan kawasan berhampiran macam Klang, Seremban bahkan Melaka boleh juga ditawarkan kepada pelabur.

Kalau nak ikutkan, ada 1,001 cara lagi yang boleh dibuat untuk tangani kesesakan jalanraya. Aku marhaen boleh fikirkan. Entah kenapa pakar boleh fikir untuk lupus kereta tua je? Guane boh?

Raja Gelap