KEMUNGKINAN DARI MENJADI KERAJAAN DAN JADI PEMBANGKANG DAN AKHIRNYA JADI PENGACAU KAWASAN ORANG KERANA IKUT CAKAP ATOK GAMAKNYA

 


Warisan belum ‘hilang taring’, masih pembangkang terkuat di Sabah, kata penganalisis





Penganalisis berkata, tidak mustahil akan ada lagi pemimpin Warisan yang meninggalkan parti itu, tetapi pada masa sama pemimpin parti lain juga berkemungkinan menyertainya.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat, tindakan wakil rakyat Warisan yang seorang demi seorang meninggalkan parti itu bukan bermakna ia telah ‘hilang taring’ kerana parti itu masih merupakan pembangkang paling kuat di Sabah.

Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, kebanyakan wakil rakyat yang meninggalkan parti itu sebelum ini adalah pemimpin yang “senyap”, sekali gus ketiadaan mereka dalam Warisan kurang dirasai.

“Walaupun secara keseluruhan Warisan sudah kehilangan enam ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), tetapi mereka ada dua ADUN baharu daripada DAP. Warisan masih pembangkang paling kuat dengan 18 ADUN.

“Keterlihatan atau ‘visibility’ seseorang pemimpin mahupun parti adalah berdasarkan kepetahan serta keterlibatan dalam wacana awam yang membincangkan isu berkepentingan awam,” katanya kepada FMT.

Lee Kok Tiung.

Menurutnya, hanya pemergian Peter Anthony (ADUN Melalap) paling dirasai kerana beliau boleh dikategorikan sebagai figura Warisan, sebaliknya “sebahagian daripada ADUN yang meninggalkan Warisan selama ini sunyi sepi sahaja.”

Lee berkata, tidak mustahil akan ada lagi pemimpin Warisan yang meninggalkan parti itu, tetapi pada masa sama pemimpin parti lain juga berkemungkinan menyertai Warisan.

“Banyak kemungkinan dalam politik, ‘politics is fluid’. Apa yang perlu dilakukan Warisan ketika ini ialah fokus kepada PRU15…fokus Sabah sahaja,” katanya.

Terdahulu pada Ahad, ADUN Kukusan Rina Jainal menjadi wakil rakyat terbaharu meninggalkan Warisan untuk menyertai Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) yang mesra kerajaan Gabungan Rakyat Sabah GRS.

Sebelum ini, lima ADUN keluar Warisan, iaitu ADUN Sebatik Hassan A Gani Pg Amir, Yusof Yacob (Sipitang), Mohamaddin Ketapi (Segama), Peter Anthony (Melalap) dan Juil Nuatim (Limbahau).

Dalam pada itu, Lee turut berpendapat tindakan Presiden Warisan Shafie Apdal yang menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS) bertujuan menarik sokongan masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) di Sabah.

Bagaimanapun Presiden PBS Maximus Ongkili dalam kenyataannya pada Selasa berkata, parti itu menghargai tawaran Warisan itu, namun menegaskan parti itu akan kekal bersama GRS.

Awang Azman Awang Pawi

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula berfikiran sebaliknya dengan berkata, Warisan sudah “hilang taring” selepas seorang demi seorang pemimpinnya meninggalkan parti yang membayangkan kehilangan sokongan rakyat malah wakil rakyat parti itu sendiri.

“Memang sudah biasa apabila parti tidak bersama kerajaan sukar untuk ia bertahan. Kelebihan yang ada sebelum ini sudah tiada dan ini bermakna Warisan sudah kehilangan taring apabila tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan pemerintah,” katanya.

Menurutnya, tindakan Shafie yang menyatakan minat untuk menjalin kerjasama politik dengan PBS juga dilihat bagi menghidupkan semula sokongan parti itu yang semakin rapuh.

“Warisan juga perlu menunjukkan peningkatan bilangan ahlinya dengan penyertaan pemimpin daripada parti lain yang mahu menyertainya,” katanya.


No comments: