Harap Akif Rusli tak
cherrypick data pula, tolong jawap juga pertanyaan terbaharu Tommy Thomas,
pasal apa mahathir letak jawatan tak berbincang dengan parti dalam PH.
Biasanya geng pejuang ini , depa memang selalu misleading
bila bercerita. Part Mahathir khianat mereka tak pernah sentuh. Dia duk bising
pasal kenyataan Anwar yang kata "Strong, formidable and convincing"
tapi tak cerita konteks waktu itu. Yang mana Parlimen di prorogue, macam-macam
bantuan di beri guna duit rakyat tapi tak ada satu perincian pun; dan paling
best, ada yang tak mahu jumpa sampai masuk hospital.
Di ambang Muhyiddin di lantik jadi PM, Mahathir
juga sebut ada 113 sokongan, jadi masa ini mana nombor Mahathir yang
"Strong, formidable and convincing"?
Persoalan yang TT tanya, Muhyidin dan Mail Sabri
sampai sekarang pun tak tunjuk majoriti ( walaupun YPDA titah) tapi mereka tak
ada jump the gun terus letak jawatan. Muhyidin di ambang kejatuhan dia, berapa
kali dia panggil AG dan Kabinet bincang nak buat macam-mana; bukan terus letak
jawatan lepas itu gila calonkan diri sendiri nak jadi supreme leader.
Saya nak tanya saudara sebagai ketua penerangan
pejuang muda, kalau Mahathir so smart dan tak pernah buat silap, kenapa dia
letak jawatan lepas itu calonkan diri jadi PM yang seterusnya? Kalau Mahathir
sangat
hebat
, kenapa dia kena pecat dari parti yang dia asaskan
lepas tu tak dapat pula cabar sebab ada undang-undang ROS yang dia sendiri
gubal waktu UMNO baru vs UMNO lama?
Saya sebenarnya tak sabar nak tunggu PRU15, nak
tengok berapa kerusi pejuang boleh menang, yelah, dulu claim PH menang sebab
Mahathir tapi PRN Johor sampai hilang deposit; ironik kan?
Yang bawah tu screenshot penyokong mahathir,
typical mereka suka melucah walaupun sudah tua.
PS: saya bukan Ahli PKR, tapi kalau nak berforum
siapa yang khianat PH, saya anytime sahaja on.