Bila tengok begitu banyak ajaran Islam terpesong
sekarang ini, suka aku nak ulangkan cadangan aku supaya diwujudkan badan
penarafan ulama di Malaysia.
Aku pernah tulis dalam 2018 dahulu. Supaya di
negara ini, gelaran agama tidak sewenangnya diberi kepada satu-satu individu.
Mesti ada satu badan yang menilai.
Perlu diletakkan kriteria untuk setiap gelaran dan
hanya mereka yang menepati kriteria sahaja yang dibenarkan menggunakan
gelaran-gelaran tersebut.
Gelaran ini pula boleh ditarik balik sekiranya si
penyandang tidak berakhlak dengan akhlak yang sepatutnya atau melakukan jenayah
atau mengajar perkara yang batil.
Ini dapat mengelak mereka yang tak berkelayakan
digelar dengan gelaran agama hanya kerana serban di kepala atau tanda hitam di
dahi lalu sekali gus menjaga kesucian agama Islam dan mengelakkan penyebarkan
ajaran yang slaah atau ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas umat
Manakala mereka yang tidak layak atau kelayakan
sudah ditarik balik tetapi terus memakai gelaran tersebut, bolehlah dikenakan
hukuman denda atau mungkin penjara.
Barisan penaraf boleh terdiri daripada mufti dari
setiap negeri, beberapa tokoh tempatan serta dari luar negara yang diiktiraf.
Surat penarafan pula perlu ditandatangani oleh YDP Agong.
Sudah masanya untuk kita buat perubahan begini
sebelum keadaan menjadi semakin tenat Kalau tak sekarang, bila lagi? Guane boh?