BADAN PENILAI ULAMAK- JANGAN IKUT SUKA SEBUT ULAMA

 






Bila tengok begitu banyak ajaran Islam terpesong sekarang ini, suka aku nak ulangkan cadangan aku supaya diwujudkan badan penarafan ulama di Malaysia.

Aku pernah tulis dalam 2018 dahulu. Supaya di negara ini, gelaran agama tidak sewenangnya diberi kepada satu-satu individu. Mesti ada satu badan yang menilai.

Perlu diletakkan kriteria untuk setiap gelaran dan hanya mereka yang menepati kriteria sahaja yang dibenarkan menggunakan gelaran-gelaran tersebut.

Gelaran ini pula boleh ditarik balik sekiranya si penyandang tidak berakhlak dengan akhlak yang sepatutnya atau melakukan jenayah atau mengajar perkara yang batil.

Ini dapat mengelak mereka yang tak berkelayakan digelar dengan gelaran agama hanya kerana serban di kepala atau tanda hitam di dahi lalu sekali gus menjaga kesucian agama Islam dan mengelakkan penyebarkan ajaran yang slaah atau ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas umat

Manakala mereka yang tidak layak atau kelayakan sudah ditarik balik tetapi terus memakai gelaran tersebut, bolehlah dikenakan hukuman denda atau mungkin penjara.

Barisan penaraf boleh terdiri daripada mufti dari setiap negeri, beberapa tokoh tempatan serta dari luar negara yang diiktiraf. Surat penarafan pula perlu ditandatangani oleh YDP Agong.

Sudah masanya untuk kita buat perubahan begini sebelum keadaan menjadi semakin tenat Kalau tak sekarang, bila lagi? Guane boh?

Raja Gelap