Parti perlu angkat isu isu pro rakyat sama ada ketika kempen
pemilihan mahu pun pada waktu biasa.
Menurut calon Naib Presiden KEADILAN, Akmal Nasir, hanya dengan
mendekati rakyat dengan isu isu sedemikian maka sokongan rakyat boleh
diperolehi.
"Saya dan rakan-rakan cabang Johor Bahru hadir ke Batu Pahat
bagi mengikuti program Jelajah Rafizi Ramli sempena pemilihan KEADILAN.
"Calon-calon lain yang hadir bersama adalah calon Naib
Presiden Chang Lih Kang, Manivannan, Ketua dan Timbalan AMK Fahmi Zainol dan
Chua Wei Kiat juga Ketua Wanita Rodziah Ismail.
"Sungguhpun ini proses dalam parti, kupasan dan perbincangan
oleh saudara Rafizi banyak berkisar kepada agenda rakyat.
Parti perlu mengangkat isu-isu ekonomi, melawan rasuah dan
mengangkat dasar-dasar yang lebih pro-rakyat.
"Bezanya KEADILAN dengan parti-parti lain, setiap anggota
satu undi, maka sebaiknya santuni setiap negeri secara bersemuka,"
katanya.