Hari ini dalam laporan Malaysiakini, MCA mendesak SPRM membuka siasatan kaitan 1MDB dengan Zeti dan suami.. rupanya jangkaan aku betul.. Aku dah tulis diawal Febuari ketika menegur Ds Anwar yang membangkitkan isu ini seakan mengikut skrip penyangak 1MDB cuba mengaitkan Zeti dengan 1MDB…
Aku sejak awal dapat menduga kemungkinan semua plot ini tujuan akhirnya mengolah persetujuan mengaitkan rencana atau persepsi yang Zeti bersubahat cuba memerangkap Najib Razak.. Najib Razak lah yang kuat bermain dengan naratif ini di media sosial mengaitkan Tan Sri Zeti… Sebab apa..? hanya jauhari juga yang mengenal manikam..
Jadi pemimpin PH, terutama Ds Anwar berhati hatilah mainkan isu ini..Jangan pula kita menjadi sebahagian plot yg direncanakan membebaskan penyangak.. Aku yakin dengan sifat Amanah bekas gabenor Bank Negara.. Jelas Bank Negara sudah berikan amaran mengenai kewangan 1MDB..Harus diingat mereka termasuk Almarhum Engku Aziz menyokong PH pada PRU 14..
Itu sebab aku marah, bila ada kelompok pemimpin PH terperangkap dan minta penjelasan mantan gabenor Zeti Aziz yang cuba dikaitkan Najib Razak melalui facebook.. sedangkan ianya bukan direct dari 1MDB..tetapi aliran hasil rompakan itu pergi ke Syarikat , transaksi perniagaan yg depa sendiri pun tidak tahu menahu.. sebagaimana duit KWAP mengalir ke SRC.. ke Jakel dalam pelbagai bentuk transaksi dan Perniagaan..
Ada Penyangak itu cuma mahu menyucikan diri dia dari Dosa dan kejahatan dia sendiri seolah olah dizalimi dan diperangkap mantan gabenor dan cuma menimbulkan sangkaan buruk kepada Ts Zeti kononnya Zeti bersubahat kerana dilihat pro PH.. hat pelik ada orang PH percaya Najib, persoal Ts Zeti.. Itu sebab dalam tuduhan PAS menerima 90 Juta sukar dibuktikan..
Seperti tuduhan RM 90 juta kepada PAS…Ramai termasuk penyokong PH yang sangka duit 1MDB RM 90 juta itu pergi direct kepada akaun pemimpin dan parti PAS.. Tidak..Itu sebab PAS tarik balik saman Sarawak Report.. Sarawak report tak sebutpun masuk ke akaun PAS.. apa yang disebut dalam laporan Sarawak report ?
“RM 90 million is widely reckoned to have “flowed” into the top echelons of PAS in recent months (BN veterans would tell them they came cheap). “. duit tu mengalir kepada kepimpinan utama PAS.. itu yg berlaku..
ada duit yg mengalir ke yayasan milik Nasauddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS… mungkin duit tu mengalir dalam bentuk Infaq dan derma dari tokoh2 UMNO dan ahli korperat… termasuk pondok pondok Tok Guru depa..
Nak mudah faham mcm kes duit Macau Scam mengalir kepada Syarikat Shuib Sepahtu dalam rangkaian francais Buble bee.. Faham tak ? itu org panggil proses cuci duit.. Boleh ke dakwa si Shuib tu.. jawapannya sukar untuk dikaitkan dia bersubahat biarpun perniagaan itu berpunca dari wang atas jenayah penipuan dan beberapa kenderaan miliknya disita…
Begitu juga duit yang mengalir kepada MCA, Pemimpin UMNO, hatta Syarikat seperti jakel dan yayasan Tun rahah sendiri.. Itu sebabnya dulu, Tun Mahathir tidak mendakwa mereka atas tuduhan Jenayah dan rasuah, Tetapi SPRM melakukan Tindakan Undang2, sama untuk mereka kembalikan wang diterima.. termasuk lah pertuduhan kepada Ahmad Maslan.. Penyelesaian Ahmad Masalan itulah sebahagian tuntutan awal SPRM..
Jadi faham kan..Kenapa tiba tiba MCA bersuara.. Sama lah seperti kenapa tiba tiba mantan Peguam negara Tommy Thomas cuba dikaitkan membuat pendakwaan Politik..Penubuhan suruhanjaya kehakiman..Jadi orang Politik..Kita perlu bijak membaca gerak kerja musuh agar kita tidak terperangkap.. Jadi jangan sekali lagi kita terperangkap dengan kelicikan ketua Penyangak Negara..
Ipohmali