DAULAT DAN MARUAH


May be an image of 1 person


1. PRU nak dekat. Kenapa? Kerana slogan Daulat dan Maruah Melayu semakin kuat kedengaran.
2. Isu kedaulatan negara dibawa baru-baru ni berkenaan dengan Pulau Batu Putih. Jenuh dicanang isu ini kononnya Kerajaan lama menjual negara. Walhal, mereka yang bising ni la yang kalahkan kes pada tahun 2008 dan lambat ambil tindakan untuk tujuan semakan kes. Bekas Peguam Negara punya bising, walhal penasihat yang beliau lantik sendiri yang kata jangan buang masa dan buang duit, untuk semak balik keputusan kes.
3. Yang heran, kes pulau batu konkrit dijadikan modal untuk lawan Singapura. Namun, kes Tanjung Pagar dibuat lupa. Imnesia pula. Takkan kita lupa, macam mana seorang Perdana Menteri hanya lepas satu tahun memerintah, senang lenang beri CIQ Tanjung Pagar pada Singapura. Lee Kuen Yew punya suka. Satu2nya “bargaining chip” Malaysia dilepas begitu saja.
4. Semua tahu, LKY paling sakit hati dengan isu Tanjung Pagar. Satu2nya tanah Malaysia yang “right smack in the middle of Singapore”. Itu isu kedaulatan negara mereka. Jadi modal kita berundingan isu air dan isu lain dengan mereka. Namun, datang satu PM Cash is King, buta mata dengan tawaran Singapura gantikan tanah CIQ di Marina Bay. Kononnya nilainya berlipat kali ganda.
5. Namun hanya kena gula2. La ni tanah Marina Bay dah ke mana. Ada yang dijual pula. Untungnya adakah pergi ke Rakyat jelata? Ikut syarat, kena berkongsi juga dengan Singapura. Ini bukan ke bahana.
6. Kononnya, nak buat baik dan bagi muka pada Singapura, nanti Perjanjian Air akan disettle. Namun apa yang jadi? Perjanjian air lagu tu juga sejak tahun 1963. Singapura hanya bayar RM0.03 untuk 1000 litre. Orang Johor kena pula bayar RM0.50 pada mereka. Kita cuba nak naikkan, sampai sudah mereka tak terima.
7. Dikatakan juga, kalau kita setuju lepaskan CIQ, pelaburan orang Singapura akan mencanak naik. Namun, Wilayah Iskandar dan Forest City dipandang sepi oleh orang sebarang. Punya sikit yang melabur. Dah kena cari negara lain pula. Di selatan negara dah jadi macam mini-China. Itu dibuat lupa. Makanya, terbukti Singapura telah mainkan kita.
8. Belum lagi cerita pasal High Speed Rail (HSR). Semua orang setuju ianya baik untuk negara. Boleh bawa pembangunan merata. Namun yang dipersoal, kosnya terlampau tinggi dan kenapa semua benda perlu dapat kelulusan mereka. Kita kena game sebab masa Kerajaan PH nak berunding untuk buat sambungan ke KLIA, Singapura tak setuju. Itu pada mereka akan menjejaskan Changi. Pandai mereka jaga kepentingan negara. Yang kita, apah pun tak guna. Projek tak jalan, kena bayar pampasan pula.
9. Jadi tuan-tuan tengoklah. Orang yang menjerit daulat negara ni, boleh ke kita percaya? Cerita Malaysia-Singapura ni boleh dijadikan contoh. Hanya gebang semata. Boleh tanya pada mereka. Mana pergi kedaulatan negara bilamana Malaysia digelar Kleptokrasi terteruk dalam sejarah dunia? Itu jangan buat lupa!
10. Yang orang Melayu diajar agar normalkan rasuah dan salahguna kuasa. Kata mereka, itu tidak seteruk sampai bagi orang lain berkuasa dan kita buang agama dan raja. Ditakutkan kalau orang lain memerintah, negara akan bertukar jadi negara Republik. Tuan puan pulangkan balik pada mereka. Ia adalah IMPOSSIBLE!
11. Untuk buang raja, buang agama Islam dan tarik keistimewaan Bumiputera, itu semua perlukan undi 2/3. Bukan itu saja, ia tidak boleh dibuang daripada Perlembagaan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja (MRR). Kalau nak buang kena lepas dengan 9 orang Raja. Nak putuskan Malaysia ini tanpa raja, agama Islam bukan agama rasmi dan Bumiputera disisih? Ikut akal kita, adakah MRR akan setuju dan terima?
12. Makanya, tuan puan janganlah termakan lagi kata mereka. Hanya auta bertingkat2 nak butakan kita. Buat kita marah pasal benda mustahil ni, agar lupakan mereka yang salah guna kuasa. Sama juga pada yang blok sana, yang warwarkan Malaysia Malaysians. Katakan pada mereka, sampai kiamat pun takkan boleh Malaysia jadi negara Republik. Ia adalah mustahil.
13. Wajar pula kita tanya pada mereka-mereka ini, mana slogan maruah Melayu bilamana—
(i) Pegangan Ekuiti Melayu dan Bumiputera pada tahun 2011 dari 23.4% jatuh kepada 16.2% pada tahun 2016; dan
(ii) Tanah Rizab Melayu hanya dalam 64 tahun negara merdeka, tinggal 12% sahaja;
(iii) Kes dadah dikalangan remaja Melayu adalah terteruk dan sekarang dibuat2 lupa, lagi kisahkan isu arak yang dijual sekian lama;
(iv) Orang Melayu adalah yang teramai dalam kategori miskin tegar dan miskin bandar.
14. Kini, kita dipimpin oleh Kerajaan Melayu Islam. Cara mereka berpolitik adalah menakut-nakutkan kita. Buat kita benci rakan senegara. Politik pecah belah yang bertentangan dengan prinsip dan matlamat Rukun Negara. Sibuk dianjingkan orang lain, semua salah mereka. Arak dan judi dijadikan modal sepanjang zaman. Namun masa zaman mereka, lahirlah “Timah” whiskey pertama negara. La ni, mana nak letak muka?
15. Macam saya cakap, PRU nak dekat, maka kita kena beringat. Jangan lagi dipercaya langungan maruah dan daulat Melayu dari parti keramat. Selagi mereka tak berubah, jangan la kita pangkah. Pikirkan anak cucu cicit kita. Ya, Hang Tuah cakap “Takkan Melayu hilang di dunia”. Tapi hidupnya bagaimana? Adakah hanya terkenal dengan rasuah dan salah guna kuasa….
Wallahu a’lam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki