Menteri Afghanistan bila tidak lagi menjadi Menteri terpaksa
bekerja sebagai penghantar makanan di Jerman sb dia tak curi harta rakyat utk
dibawa ke luar negara. Ir Sutami 14 thn menjadi Menteri Pendidikan era Soekarno
dan Soeharto dianggap sebagai Menteri termiskin Indonesia hingga bocor bumbung
rumahnya.
Menteri kita jadi Menteri pendidikan minta komisen puluhan
jutaan ringgit. Menteri kita jam tangan boleh beli sebuah rumah. Selipar
Menteri kita boleh beli sebuah basikal. Selepas itu mereka menjerit 'bangsa
Melayu perlu dibela'.
Bila mereka hanya perlu menjerit 'Melayu' dan org Melayu percaya
utk menutup kejahatan mereka bermakna kita ini org Melayu mereka anggap seperti
hamba abdi yg tidak berpendidikan... iaitu jiwa2 yg tidak merdeka. Jiwa2 yg
mereka anggap tiada otak utk berfikir.
Tidak ada bangsa di dunia ini yg memilih penyamun jadi pemimpin
tapi ia hanya berlaku di negara kita. Cukuplah Inggeris membodohkan org Melayu
dgn menjadikan komunis, Jepun, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain2 sebagai musuh
org Melayu utk mensucikan diri mereka sebagai penjajah.
Merdeka bukan bermakna berbangga 'org putih sudah balik'. Apa
guna pemimpin bangsa sendiri mengambil alih tugas Inggeris merompak kekayaan
negara dgn melahirkan persepsi seperti dilakukan Inggeris, bangsa tertentu
dijadikan sebagai musuh negara atau org Melayu.
Merdeka yg pertama maksudnya mindanya tidak dijajah. Merdeka
bermakna tidak ada double standard dlm sistem undang2, merdeka bermakna tidak
membiar harta rakyat terus dicuri oleh pemimpin2 dan pengakhir apa guna
melaungkan kemerdekaan jika sikap perkauman menebal di dlm jiwa.
Jika anda masih bersikap demikian, patut malu pada diri sendiri
dna anak cucu kerana tidak faham apa itu merdeka dlm erti kata sebenarnya.
Merdeka bukan bermakna sekadar ucapan di wall, mengibarkan bendera tetapi
pengertiannya sgt luas. Anda sebenarnya masih dijajah... dijajah pemikiran. Org
merdeka jiwa dan pemikirannya merdeka dari dijajah pembohong...