MERDEKA KAH KITA...?


May be a black-and-white image



Menteri Afghanistan bila tidak lagi menjadi Menteri terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan di Jerman sb dia tak curi harta rakyat utk dibawa ke luar negara. Ir Sutami 14 thn menjadi Menteri Pendidikan era Soekarno dan Soeharto dianggap sebagai Menteri termiskin Indonesia hingga bocor bumbung rumahnya.

Menteri kita jadi Menteri pendidikan minta komisen puluhan jutaan ringgit. Menteri kita jam tangan boleh beli sebuah rumah. Selipar Menteri kita boleh beli sebuah basikal. Selepas itu mereka menjerit 'bangsa Melayu perlu dibela'.

Bila mereka hanya perlu menjerit 'Melayu' dan org Melayu percaya utk menutup kejahatan mereka bermakna kita ini org Melayu mereka anggap seperti hamba abdi yg tidak berpendidikan... iaitu jiwa2 yg tidak merdeka. Jiwa2 yg mereka anggap tiada otak utk berfikir.

Tidak ada bangsa di dunia ini yg memilih penyamun jadi pemimpin tapi ia hanya berlaku di negara kita. Cukuplah Inggeris membodohkan org Melayu dgn menjadikan komunis, Jepun, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain2 sebagai musuh org Melayu utk mensucikan diri mereka sebagai penjajah.

Merdeka bukan bermakna berbangga 'org putih sudah balik'. Apa guna pemimpin bangsa sendiri mengambil alih tugas Inggeris merompak kekayaan negara dgn melahirkan persepsi seperti dilakukan Inggeris, bangsa tertentu dijadikan sebagai musuh negara atau org Melayu.

Merdeka yg pertama maksudnya mindanya tidak dijajah. Merdeka bermakna tidak ada double standard dlm sistem undang2, merdeka bermakna tidak membiar harta rakyat terus dicuri oleh pemimpin2 dan pengakhir apa guna melaungkan kemerdekaan jika sikap perkauman menebal di dlm jiwa.

Jika anda masih bersikap demikian, patut malu pada diri sendiri dna anak cucu kerana tidak faham apa itu merdeka dlm erti kata sebenarnya. Merdeka bukan bermakna sekadar ucapan di wall, mengibarkan bendera tetapi pengertiannya sgt luas. Anda sebenarnya masih dijajah... dijajah pemikiran. Org merdeka jiwa dan pemikirannya merdeka dari dijajah pembohong...

Norman Radzuan