NYAHWARTA HUTAN WALAU DUN TOLAK, MB SELANGOR DIPANGGIL PKR BERI PENJELASAN

 

Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan Kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada bulan Mei yang lalu.

Saya juga turut mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor telah menolak cadangan tersebut.

Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti.

Malah pimpinan KEADILAN sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Menteri Besar untuk membatalkan perkara tersebut.

Menteri Besar telah diminta untuk memberi penjelasan terperinci berhubung perkara ini dalam pertemuan bersama pimpinan parti esok.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR

31 Ogos 2021.