POLITIK INDIA TIADA BEZANYA DGN KITA
NORMAN RADZUAN
Baru minggu lepas saya berkesempatan menonton filem The White
Tiger arahan Ramin Bahrani. Sebuah filem yg mempunyai kelas tersendiri mengenai
masyarakat India.
Ia bukan filem Hindustan dan bukan filem Tamil tetapi ia adalah
filem tentang masyarakat India dari seorang Pengarah yg juga merupakan
Pensyarah di sebuah Universiti di Amerika. Pengarahnya juga bukan berasal dari
India tetapi berbangsa Iran. Durasinya juga tidak lama seperti filem Hindustan
dan Tamil malah tiada tarian, nyanyian dgn penari2. Itu yg bestnya.
Filem ini sgt sinis, kritikal, mesej dan byk persamaan apa yg
terjadi dgn masyarakat dan politik negara. Dibintang pelakon hebat seperti
Priyanka Chopra dan Adarsh Gourav berkisarkan tentang kehidupan masyarakat di
India yg memaparkan pergelutan hidup golongan bawahan.
Kisah seorang hamba bernama Balram Halwai dtg dari kampung yg
sgt miskin bekerja dgn keluarga kaya raya. Ia menceritakan bagaimana masyarakat
India dari kasta bawahan yg mentaliti dididik utk menjadi hamba org kaya
sepanjang kehidupan. Dilayan seperti binatang mereka tetap taat kpd tuan
mereka.
Balram ketika berada di pasar dia melihat ayam yg dipotong
tengkuknya setiap hari, dpt dilihat oleh ayam2 yg lain dari dlm kurungan. Ayam2
tersebut hanya mampu melihat dan menunggu bila waktunya utk disembelih.
Begitulah pendapatnya tentang masyarakat kasta rendah India yg hanya menunggu
utk menjadi mangsa penguasa2 dan org kaya.
Yg menarik isteri kpd menantu org kaya tersebut yg dilahir dan
dibesarkan di Amerika telah menegurnya. Wanita tersebut memberitahu Balram
perlu mengubah nasib hidupnya dari terus menjadi pemandu atau hamba kpd org
kaya tersebut.
Klimaks kisah drama tersebut menyaksikan kebangkitan Balram
membela nasib dirinya yang ditindas selepas dijadikan kambing hitam dlm sebuah
kejadian tragik yg melibatkan kematian.
Balram telah diminta menandatangani surat pengakuan bersumpah
bahawa dialah yg membuatkan seorang kanak2 mati terbunuh dilanggar kenderaan yg
dipandu menantu org kaya tersebut. Ketika itu tiba2 Tuannya menjadi begitu baik
dgnnya... rupa2nya baik org kaya ini ada makna.
Filem ini memaparkan bagaimana org2 politik meminta rasuah.
Bagaimana org kaya terpaksa memberi rasuah kpd org politik utk mengelak
membayar cukai dan byk mesej2 tersirat.
Pengakhiran filem ink tidak boleh dijadikan ikutan bagaimana
Balram mengubah nasib hidupnya. Plot akhirnya hampir sama seperti filem Korea
berjudul Parasite. Hanya dibezakan jalan ceritanya.... tontonlah di Netflix
terutama org Melayu yg sentiasa dibodohkan oleh org kaya dan politik.