NOTIS
Malam tadi seorang rakan asal Kelantan memberi tahu melalui
telefon ada satu kejadian bakal mengejut akan berlaku di Kelantan. Ia berkaitan
dengan alam sekitar. Saya sedang menunggu maklumat dan butiran lanjut mengenai
perkara itu.
Apakah ia berhubung dengan pencemaran sungai disebabkan
pertambangan, atau pun ada kawasan hutan baru yang bakal dirombak (dirompak)
untuk kepentingan mana-mana pihak?
Standby.
Dalam pada itu timbalan menteri besar Kelantan Mohd Amar Nik
Abdullah memaklumkan setakat ini tidak ada Exco dipanggil oleh SPRM ekoran
penahanan beberapa individu dalam kes rasuah dalam AKSB dalam projek RM27 juta.
Bersama laporan sama beliau juga kata wang RM600 juta untuk
pembangunan air bersih di Kelantan tidak berada dalam tangan kerajaan. Jadi
wang itu pergi lempar ke mana?
Takkan disimpan oleh Gebnur Bangkok. Pelik, jadi kerajaan macam
mana kalau wang kerajaan pun tidak tahu. Berat BNA ni. Trims.
Trims.