ITU SAJA ISU YANG MAMPU DIBAWA. BILA ADA KUASA TAK MAMPU PUN BUAT APA APA...

 


Jajaran baru UMNO-DAP adalah malapetaka kepada ummah, kata Faizal

Jajaran baru UMNO-DAP adalah malapetaka kepada ummah, kata Faizal




Pemuda Pas Perak memandang serius desas-desus mengenai kewujudan jajaran baharu di antara UMNO bersama DAP yang dikatakan cuba dilaksanakan pihak tertentu.

Ketuanya, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata, sekiranya usaha itu benar-benar wujud, ia akan menjadi malapetaka kepada penyatuan ummah.

Jelas beliau, Pemuda Pas Perak bersama kepimpinan Pas Pusat dengan tegas menolak sebarang kerjasama politik dengan DAP dan sesiapa sahaja yang bersama mereka.

“Namun, kami serahkan semula kepada sahabat-sahabat kami. Kami yakin dengan pengalaman sahabat-sahabat kami dalam menentang DAP dan sesiapa yang bersama dengannya.

“Keyakinan Pemuda Pas Perak bahawa UMNO akan terus mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan mendoakan UMNO berjaya menemui penyelesaian terbaik demi penyatuan ummah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Sementara itu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak turut senada dengan menolak sebarang bentuk jajaran baharu terutama bersama DAP yang dilihat akan menggugat agenda penyatuan ummah.

Ketua Armada Perak, Muhammad Faizul Mohamed Ismail berkata, agenda penyatuan ummah seharusnya diberikan keutamaan demi kestabilan politik dalam negara.

“Armada Bersatu Perak konsisten dalam menyatakan pandangan di mana perpaduan dan kerjasama setiap ahli-ahli Parlimen dan NGO-NGO amat perlu bagi memerangi pandemik Covid-19.

“Selain itu, Armada Bersatu Perak juga berharap penyatuan parti-parti di dalam kerajaan hari ini sentiasa dipelihara dan diberi keutamaan untuk sentiasa teguh bersatu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Muhammad Faizul berkata, Armada Bersatu Perak menyokong penuh tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sentiasa bertungkus lumus dalam mengawal pandemik Covid-19 dengan pelbagai inisiatif terutama program vaksinasi yang giat dijalankan di seluruh negara.

Katanya, Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan baru-baru ini juga membuktikan kerajaan begitu fokus meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan dan merencana secara holistik fasa-fasa di dalam pelan tersebut.