ANWAR IBRAHIM - SEMUA ORANG MEMPERKATAKANNYA

 


May be an image of 1 person, sitting and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 2 Kenali Pemimpin Kita Kepeloporan Anwar Ibrahim dalam sejarah kebangkitan Islam adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan dengan fitnah dan propaganda murah. " PROFESOR DATO' DR. SIDDIQ FADZIL Presiden ABIM Ke-3 TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"May be an image of 1 person and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 7 Kenali Pemimpin Kita Hendak cari pemimpin Melayu yang mempunyai ketokohan seperti Anwar Ibrahim begitu sukar terutama imej agamanya ketika memimpin ABIM. " ALMARHUM TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HJ. NIK ABDUL AZIZ NIK MAT Mantan Mursyidul Am PAS TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"

May be an image of 1 person, sitting, headscarf and text that says "SIRI POSTER BERIDEALISME POLITIK 5 Kenali Pemimpin Kita Pemahaman berkaitan Fiqh Taáyush as-Silmiy (Hidup bersama secara damai) Anwar Ibrahim lebih baik berbanding pemimpin Islam di negara Arab. Sekiranya beliau menjadi pemimpin Malaysia, Sheikh Yusof Qardhawi akan hadir ke Kuala Lumpur, meskipun uzur. Saya juga akan bersama mengiringi Sheikh Yusof Al-Qardhawi. " PROF. SHEIKH DR. AHMAD AL-RAYSUNI Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia TERBITAN: Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN"


Di saat negara kita kini masih berhadapan dengan kemelut politik dan pandemik Covid19 yang tidak berkesudahan, bayangan sosok tubuh yang sering bermain di mata kebanyakan rakyat Malaysia perbagai kaum dan agama adalah insan bernama Anwar Ibrahim.

Tidak ada seorang pun orang politik di negara ini tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sekiranya beliau diangkat menjadi PM Malaysia, kecuali mereka yang gentar kepada ketegasannya memerangi rasuah. Prinsipnya menentang rasuah menjadikan jalan untuk mengangkat beliau ke kerusi PM itu amat sukar kerana rasuah di negara ini sudah menjadi amalan ramai pemimpin politik bahkan berjangkit kepada para kayangan.

Nama Anwar Ibrahim sudah lama disebut di dunia luar terutamanya di kalangan pemimpin dunia Islam. Tiada seorang pun tokoh ilmuan Islam dunia yang tidak mengenali anak Cheruk To Kun, P.Pinang ini. Tidak seorang pun tokoh ekonomi dan kewangan dunia yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, nama yang pernah diiktiraf sebagai Menteri Kewangan

Terbaik

Asia/Dunia.

Tidak menghairankan memang sukar untuk meletakkan beliau ke posisi yang layak baginya sebagai PM, sejajar dengan mandat rakyat di negara ini pada PRU14 yang lalu sehinggakan musuh-musuh politik beliau sanggup merencanakan satu pengkhianatan di saat beliau semakin hampir menjadi PM negara ini. Kerajaan PH yang menjanjikan reform kepada negara ini di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim dikhianati oleh seorang diktator musuh reformasi bernama Mahathir Mohamad apabila beliau sengaja meletakkan jawatan sebagai PM di bawah kerajaan PH setelah 22 bulan berkuasa demi untuk menafikan hak Anwar Ibrahim menggantikannya seperti yang dijanjikan PH kepada rakyat.

Selagi masih ramai yang cintakan rasuah dan ketidakadilan, selagi itu laluan untuk Anwar Ibrahim itu terus berliku. Hak beliau terus dinafikan. Namun, percayalah, semakin kuat dugaan, fitnah dan halangan terhadap beliau, itu satu pertanda cahaya reformasi bakal muncul menyinari bumi Malaysia ini.

"Wamakaru wamakarallah, Wallahi khairul makirin".

WFAUZDIN NS

Ketua Gerak N.Pahang