Oleh ANINA SAADUDIN
Seharian dari pagi rakyat tunggu keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Rakyat nak tahu hasil pemikiran “kepala otak” barisan Menteri dan Timbalan Menteri seramai 73 orang yakni yang terbesar dalam sejarah Malaysia dengan bebanan gaji yang ditanggung rakyat berjumpa RM 1.3 juta sebulan.
Ini belum termasuk lebih 500 orang pegawai Menteri dan Timbalan Menteri yang bebanan gaji ditanggung rakyat berjumlah hampir RM 1 juta sebulan.
Lebih RM 2 juta sebulan ditanggung oleh rakyat setiap bulan untuk bayar gaji mereka umpama menanggung “biawak hidup”.
Negara darurat, Parlimen Malaysia dijadikan jenazah tidak boleh dilawati, majoriti Menteri dan Timbalan Menteri goyang kaki makan gaji buta ketika sejuta rakyat menganggur akibat hilang pekerjaan dan tiada peluang pekerjaan.
Puluhan ribu petani tiada benih padi untuk ditanam manakala puluhan ribu penoreh getah menangis airmata darah di perdu pohon getah.
Ini belum mengambil kira ratusan ribu B40 yang kini menjadi miskin bandar.
Berbalik kepada mesyuarat semalam, apa keputusan Perdana Menteri?
Perdana Menteri keluarkan 2 muka surat ayat bergulung-gulung hanya untuk beritahu satu ayat sampah “PKP 3.0 akan diperketatkan”.
Satu ayat sahaja sudah cukup untuk buat rakyat “maki sampai dalam kain” seluruh barisan kepimpinan kerajaan PN yang gagal ini.
Hari ini Ismail Sabri yang dibayar gaji khusus untuk buat pengumuman umpama beri makan “biawak hidup” akan lakukan satu lagi pengumuman sampah tentang apa yang akan diperketatkan.
Sudah hampir 2 tahun cuba nak ketatkan itu dan ini tetapi semuanya gagal .
Lebih baik rakyat minum air kacip fatimah untuk betul-betul ketat!
Semua kaedah telah cuba dibuat oleh kerajaan PN kecuali satu iaitu LETAK JAWATAN!
#KacipFatimah
#ketatpkp3.0