Ada banyak soalan yang tertinggal di Sidang Media...
Saya bersetuju dgn langkah kerajaan tetapi kerajaan tidak ikhlas
Rakyat tertunggu tunggu bila pengumuman semalam memaklumkan
Menteri akn mengumumkan langkah PKP hari ini dan debarannya seolah olah
menantikan pengumuman tarikh hari raya. Ada yg berdebar kerana mahu total
lockdown dan ada yg berdebar berlakunya total lockdown.
Dalam debaran jutaan rakyat Malaysia menantikan pengumuman ptg
semalam...ia dilihat hanya sia2 apabila yg jelas berubah hanya tempoh
perniagaan. Selainnya hampir sama seperti sebelumnya. Namun tanya saya yg bukan
kakitangan kerajaan walaupun negeri saya tidak terlibat dlm 'PKP 2 jam'
ini...saya bersetuju kerajaan tidak mengunci pintu eknomi rakyat.
Saya dapat merasai derita peniaga2 kecil dan sederhana. PKP 1.0
dan 2.0 berpuluh ribu dan malah ada ratusan ribu kerugian hingga tabung
simpanan semakin menipis. Malah ada yg telah menutup perniagaan dan dibuang
kerja Syarikat besar pula rugi jutaan ringgit. Jadi pengumuman semalam berita
gembira buat peniaga2 tetapi berita mengecewakan buat penjawat awam yg
mempunyai pendapatan tetap.
Ingat kata Menteri Kanan, Ismail Sabri...jika kes menurun kita
akn buka balik ekonomi dan jika kes naik kita tutup kembali. Ini bermakna tiada
jaminan Pandemik Covid19 akn berakhir tetapi yg pasti jika total lockdown
dilakukan ratusan ribu perniagaan akn ditutup.
Jadi saya bersetuju part tersebut (ekonomi dibuka) cuma saya
rasa kerajaan tidak ikhlas dan double standard dlm melaksanakannya. Kata nak
ketat tapi nampak longgar sana sini cuma tidak terlondeh sahaja lagi.
Sebelum itu saya ingin memberi sedikit cadangan kpd kerajaan utk
membenarkan restoran2 berniaga hingga ke 11 malam dgn mengekalkan syarat tidak
boleh 'dine in'. Ia memudahkan rakyat yg baru pulang dari kerja menempah
makanan melalui perkhimatan e-hailing. Sekurang kurangnya anak2 muda yg bekerja
dlm bidang ini boleh mencari sumber pendapatan.
KERAJAAN PATUT DIPERSALAHKAN KERANA TIADA IDEA KREATIF
1. Kerajaan patut dipersalahkan kerana lambat dlm proses
vaksinasi. Menurut John Hopkins University kadar vaksinasi Malaysia hanya
selepas 5 tahun barulah selesai mencapai imunisasi kelompok.
2. Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand jauh lebih pantas kadar
vaksinasi mereka. Sedangkan fasiliti kesihatan negara jauh lebih baik dari
negara seperti Myanmar dan Indonesia.
3. Kerajaan sepatutnya memberi subsidi dan bekerjasama dgn
Klinik2 di seluruh negara utk proses vaksinasi ini. Kita mempunyai beribu
klinik. Bayangkan jika satu klinik mampu melakukan vaksinasi sebanyak 100 org
setiap hari...sebulan kita mampu meningkatkan 20-30% vaksinasi di seluruh
negara.
4. Kesalahan KKM apabila sudah setahun berlalu tetapi tiada
persedian utk menerima gelombang 2/3 dan seterusnya. Sdgkan dimaklumkan semalam
mereka yg ditempat di unit rawatan rapi akibat Pandemik ini sekitar 600 ratus
org. Ia bukan jumlah yg terlalu besar dan juga bukan kecil. Di mana berbillion
bajet Pandemik Covid19 yg diumumkan pada Belanjawan yg lalu?
5. KKM jgn berpolitik dgn terlalu fokus kpd menyebut angka
pesakit. Jika KKM boleh merahsiakan data terperinci kpd kerajaan Selangor,
mengapa KKM tidak memfokuskan pula kpd jumlah vaksinasi dan mereka yg sembuh.
Psikologi sgt penting kpd masyarakat dlm situasi skg. Lihat di Britain walaupun
mereka mempunyai varian baru yg bahaya hingga beberapa negara Eropah menutup
pintu sempadan tetapi rakyat mereka tidak dipanikkan. Malah dlm Final FA Cup
baru2 ini mereka membenarkan ribuan penonton hadir ke Stadium...life must go
on.
6. Rakyat Malaysia mudah panik dgn nombor. Mereka hampir terlupa
utk melihat nombor yg sembuh. Ya benar risiko kematian boleh berlaku. Namun
daripada jumlah tersebut menurut kajian 90% adalah mereka yg mempunyai pelbagai
jenis penyakit. Risiko sgt rendah kpd yg sihat namun SOP mesti dikuatkuasakan.
Jadi mengapa kita tidak menggunakan kaedah baru utk mengatasinya.
4. Mengapa tidak kerajaan fikir di luar kotak. Cadangan saya yg
mungkin ada yg steptikal mengenainya tetapi cuba kita think out of the box. Dlm
tempoh 30 hari ini kerajaan minta mereka yg berisiko (pelbagai penyakit) utk
ditempatkan di hotel2 seluruh negara. Ini kerana yg dibimbangi oleh kerajaan
bukannya jumlah pesakit positif tanpa simptom atau pesakit Covid19 stage 1/2.
Yg dibimbangi oleh KKM pesakit yg berisiko (berpenyakit) apabila positif
selalunya mereka memerlukan rawatan rapi seperti ventilator dan sebagainya.
Strategi ini boleh dilakukan dgn kerjasama Kementerian
Pelancongan. Kementerian ini boleh menggunakan separuh dana 2021 yg tidak byk
digunakan kerana pembekuan industri pelancongan utk menyumbangkan kpd idea ini.
Sekaligus ia membantu sektor pelancongan perhotelan Malaysia di seluruh negara.
Kementerian Pelancongan boleh bekerjasama dgn pengusaha2 hotel dgn tawaran potongan
50% dari harga asal.
Kita bahagikan penempatan tersebut kpd A/B dan C mengikut selera
pesakit berdasarkan kemampuan masing2. KKM mesti mewajibkan mereka berbuat
demikian dgn meletakkan syarat jika mereka menolaknya termasuk kempen besar
besaran risiko mereka tidak mahu berbuat demikian.
A- Hotel 5-4 bintang (RM 400-500 semalam ) dgn potongan 50% dari
harga asal. Bayaran semalam di hotel ini separuh ditanggung oleh Kementerian
Pelancongan dan separuh ditanggung sendiri oleh pesakit yg mahu berlindung di hotel
ini.
B- Hotel bertaraf 2-3 bintang (RM 150-200) terma syarat sama
sepertimana mereka yg menginap di hotel 5/4 bintang.
C- Hotel 1 bintang dan bajet hotel (RM 70- RM 100) terma dan
syarat sepertimana yg lain kecuali ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan
melalui Kementerian Pelancongan.
3 in 1
a) KKM kurang berisiko menerima pesakit kritikal
b) Hotel2 diseluruh negara dpt income walaupun kecil dan puluhan
ribu pekerja hotel mempunyai pekerjaan dgn kehadiran pelancong perubatan.
c) Ekonomi diluar boleh la berjalan seperti biasa dgn SOP yg
sedia ada tanpa risiko yg besar.
SOALAN YG SEPATUTNYA DITANYA WARTAWAN
1. Adakah penutupan sektor ekonomi jam 8 malam melibatkan juga
kasino, restoran dan premis2 hiburan di Genting Highland?
2. Kenapa Menteri tidak menyebut sektor pengilangan dan
pembinaan terlibat dgn penutupan masa sdgkan umum tahu kluster terbesar wujud
dari dua sektor tersebut?
3. Kenapa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi merahsiakan
harga Vaksin yg dibeli sedangkan beberapa negara boleh memaklumkan kpd umum
jumlah harga dan jumlah dos dibeli?
4. Mengapa vaksinasi sehari negara agak perlahan dan tidak
seperti dijanjikan sebelum ini. Adakah kerana kekurangan vaksin atau kekurangan
tenaga kerja KKM?
5. Adakah Nilai 3 di bawah daerah negeri Selangor? Jika bukan
bagaimana Neelofa boleh terlepas dari hukuman melanggar SOP rentas daerah?
6. Bagaimana kes2 selebriti yg lain mengapa kes mereka begitu
lama dlm siasatan tidak seperti rakyat biasa yg disaman serta merta?
7. Pandangan KKM adakah Parlimen bersiko besar utk dijangkiti?
Jika tidak mengapa KKM tidak menasihati kerajaan utk membukanya?
8. Mengapa Kementerian Pendidikan tidak mengumumkan keputusan
anak2 yg sdg bercuti skg ini samada sekolah akn dibuka atau terus ditutup utk
sesi 2021 ini. Jgn biarkan ibu bapa berbelanja utk persiapan utk anak ke asrama
tiba2 dibatalkan?
9. Mengapa Sarawak yg sudah berbulan mempunyai kes yg tinggi
tidak dikenakan PKP? Mengapa Sarawak diberi pilihan utk menggunakan vaksinasi
jenis Astrazeneca. Pada 29 April lalu Menterinya Dr Sim mengatakan mereka
menolak penggunaan vaksin tersebut dan memaklumkan mereka yg ingin vaksin
tersebut boleh daftar secara sukarela atau lakukannya di luar negeri Sarawak.
Persoalannya adakah vaksin tersebut bahaya hingga di tolak oleh kerajaan negeri
Sarawak?
10. Menteri kata pakai niqab sahaja bila keluar rumah tanpa mask
adalah satu kesalahan... bagaimana dgn Neelofa yg ada bukti bergambar? Jika kes
Neelofa pun tak boleh berlaku adil dgn rakyat bagaimana kerajaan mahu rakyat
percaya SOP ini telus?
CADANGAN
Jika anda bertanya saya apakah langkah yg perlu diambil
kerajaan.
a) Saya boleh bersetuju dilakukan total lockdown boleh dilakukan
hanya utk tempoh 7 hari. Dgn syarat kerajaan sediakan dana khas utk mereka yg
terkesan
b) Selepas 7 hari barulah diadakan PKP seperti skg utk tempoh 14
hari.
c) Selepas tempoh 14 hari eknomi mestilah dibuka semula.
Moralnya pengumuman yg dibuat oleh kerajaan yg mendapat kecaman
atau kemarahan rakyat kerana SOP double standard mereka. SOP yg dilihat 'KITA
JAGA KITA, KERAJAAN JAGA TAUKE BESAR'.