NORMAN TADZUAN
Ajarlah anak kita tentang kurang ajar
KITA DIDIK ANAK-ANAK TAK
LENGKAP...
Org Melayu mendidik anak-anak mereka babi dan anjing itu haram.
Hingga binatang itu dipandang begitu hina walaupun anjing Ashabul Kahfi adalah
antara binatang yg dimasukkan ke syurga. Sdgkan ada riwayat lain memberitahu
kisah seorang pelacur memberikan anjing makanan dimasukkan ke dalam syurga.
Org Melayu sejak anak kecil didik jgn makan ayam yg tidak
disembelih... bab ni bagus lah. Tapi bab jgn makan asam asin kerana ia tahi
hidung Cina... fitnah paling teruk sepanjang zaman utk bangsa Cina. Sebab itu dalam politik mudah melahirkan persepsi
kebencian kpd bangsa Cina kerana ia telah didik dari kecil.
Contoh bila berlaku kes Tauke Cina pukul pekerjanya kerana
berpuasa. Mengapa sampai ada menaikkan isu 13 Mei dan tuduhan kpd bangsa
tersebut. Apa kena mengena dgn masyarakat Cina yg lain hanya kerana sikap tauke
Cina tersebut. Nak hukum... hukum sahaja tauke Cina tersebut dgn sekeras
kerasnya. Ini soal individu bukan soal kaum.
Budaya lainnya jgn tunjuk jari pada langit, sampai skg dah umur
50 tahun ini org Melayu takut berbuat demikian
Walaupun ada didikan agama tapi org Melayu lupa mahu mendidik anak mereka bahayanya
rasuah.
Sepatutnya orang-orang Melayu moden ini sejak di usia 7 tahun
lagi mendidik anak-anak mereka bahayanya makan duit haram ( rasuah ) lebih hina
dari babi dan anjing. Malah ia merosakkan nilai-nilai kemanusian dan membuat
agama Islam terfitnah. Malangnya kita kurang ajar anak-anak kita tentang
perkara itu.
Kita kena beri contoh sebagai ibu bapa yg tidak mengamalkan
rasuah. Ingat anak-anak kita lebih terdidik melihat tingkah laku kita daripada
menerima nasihat kata kata kita.