Melayu perintah, mudah berjudi?
Oleh: Mohamad Saja
Saya dah daftar GDbet333. Anda bila lagi. Bila kerajaan Melayu Islam memerintah, rasa aman serta mudah pula untuk berjudi. Mudah sangat untuk terlibat benda haram di bawah kerajaan Melayu Islam ni. Malah cabutan judi pun semakin bertambah.
Ulama pula diam membisu. Rupanya bila Pas memerintah, menjadi ulama satu kerja mudah. Patutlah, pencen kastam pun boleh digelar ulama sekadar kepala dililit dengan serban. Janggut disimpan panjang atau candu menjadi kebiasaan.
Nasib Adib yang nak dibela pun entah ke mana. Tanah pun masih merah tapi nasib Adib sudah dilupakan. Mana ustazah garang? Ulama pula kenyang dengan habuan. Apa nak hairan semua ditaja. Pemimpin khianat berjumpa rakyat tanpa rasa malu. Rakyat pula rasa malu nak berjumpa dengan pemimpin.
Wang negara harta warisan?
Dulu macam-macam dikatanya PH. Padahal PH punyalah pedo tak nak guna duit rakyat secara tidak telus. Datang pengkhianat dijadikan duit rakyat tu harta warisan. Sekarang tengok siapa betul, siapa salah.
Mana pejuang melayu? Sudah lena gamaknya atau sudah kenyang. Mana pejuang agama? Sudah ditaja atau sudah lebat sampul sauk dalam kocek.
Betullah kata seorang pemuda kepada Tok Guru Nik Aziz (TGNA) ketika diingatkan TGNA bertakbir dengan laung parti Islam. Kata beliau kepada arwah TGNA, nama Islam pada parti akan menjadi fitnah kepada agama ketika agama diperdagangkan untuk meraih undi dalam pilihan raya.
Tak sampai 7 tahun TGNA meninggalkan kita. Parti Islam menjadi hina kerana menjadi tunjang rampasan kuasa. Pemimpin Islam membisu apabila rasuah berlaku dalam kabinet yang penuh dengan menteri yang tidur lena kekenyangan.
Fatwa ikut tembolok
Fatwa pula dikeluarkan berdasarkan tembolok bukan berdasarkan maqasid syariah. Haram untuk rakyat dan halal untuk ulama. Umpama menteri nikah kawin menfatwakan nasib rakyat ketika nafsu menjadi raja.
Kata pemuda itu, perkara pertama jika parti kami memimpin adalah mengharamkan parti Islam supaya rakyat terbela. Kesan zahir adalah golongan muda agama menjadi terpelajar bukan menjadi taqlid buta (walaun).
Ulama menjadi zuhud. Rakyat menjadi berani berkata tentang kebenaran. Pemimpin zalim terpenjara. Rasuah malu bersuara. Miskin mula gembira. Walaun tiada, ulama parti kembali ke pondok.
Fikir-fikirlah. Di mana kesilapan kita sehingga negara menjadi begini.