KALAU ANWAR.....

 





1. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Euromoney Magazine mengiktiraf Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia pada tahun 1993?


2 .Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Asia Money Magazine mengiktiraf Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996?


3. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai mengurus ' Ekonomi dan Kewangan ' Malaysia kenapa Anwar diiktiraf sebagai ' The Asian of the year ' oleh Asia Weeks Magazine pada tahun 1998?


4. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya menjadikan Malaysia sebagai ' Harimau Asia ' bermula dari tahun 1993 hingga 1998 dari sudut ekonomi dikalangan negara - negara Asian?


5. Kalau Anwar tak pandai ekonomi kenapa Anwar berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ' Untung ' ia itu pendapatan melebihi perbelanjaan selama 7 tahun berturut-turut?


6. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI & KEWANGAN kenapa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia Pertama yang berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ' Untung ' atau pendapatan melebihi perbelanjaan?


Selepas Anwar Ibrahim sehingga sekarang tiada lagi Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan Budget Pendapatan melebihi perbelanjaan.


7. Kalau Anwar tak pandai ekonomi dan hal kewangan kenapa banyak negara yang mengambil Anwar Ibrahim sebagai ' Penasihat ' Ekonomi & Kewangan mereka?


Antara negara yang pernah mengambil Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan adalah Turki dan ekonomi Turki sekarang berada di tempat ke 7 terbaik di dunia dan tempat ke 3 terbaik dikalangan negara-negara Europah.


8. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai Mengurus KEWANGAN kenapa banyak negara meminta ' KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN ' dari Anwar antaranya Arab Saudi,Kuawit, Qatar,Bosnia, Singapura,Indonesia,Hong Kong,Korea dan banyak lagi?


9. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi dan Kewangan kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang membayar ' HUTANG LUAR ' Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun?


10. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya meletakkan HUTANG LUAR Malaysia ke paras yang paling rendah RM9.9 Bilion?


11. Kalau Anwar tak pandai mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang menulis surat kepada Bank Dunia pada tahun 1993 untuk menghentikan pinjaman kewangan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan yang terdahulu ( Daim Zainuddin )?


Anwar Ibrahim menghentikan PINJAMAN MALAYSIA DARI BANK DUNIA PADA TAHUN 1993 kerana Malaysia telah mampu berdikari pada ketika itu dengan budget pendapatan melebihi perbelanjaan.


12. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai hal KEWANGAN kenapa BANK DUNIA pada tahun 2008 mengakui Anwar Ibrahim sebagai ' Pakar Perunding Kewangan ' berdasarkan pencapaian CERMERLANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?


Anwar Ibrahim diakui sebagai Pakar Perunding Kewangan berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan yang berjaya mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia dengan baik bukan berdasarkan latarbelakang akademik.


13. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai EKONOMI kenapa EUROPEAN CENTRAL BANK pada tahun 2014 mengakui Anwar sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' berdasarkan pencapaian CERMELANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?


Anwar Ibrahim diakui sebagai ' Pakar Ekonomi & Kewangan ' berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan bukan berdasarkan latarbelakang akademik.


14. Kenapa Anwar Ibrahim difitnah dan dituduh budak dan tunduk kepada IMF ketika Malaysia mengalami ' KRISIS NILAI MATA WANG ' pada tahun 1997 dan 1998?


15. Ketika Malaysia menghadapi krisis nilai mata wang pada tahun 1997 dan 1998 yang amat terkesan adalah dikalangan ' Super Rich ' atau golongan yang MAHA KAYA,mereka adalah kroni kepada Mahathir dan Daim.Kesemua kroni Mahathir dan Daim akan muflis sekiranya tidak tidak diselamatkan.


16. Golongan maha kaya yang menjadi kroni Mahathir dan Daim termasuklah anak Mahathir sendiri ia itu Mirzan Mahathir yang memiliki MISC yang akan muflis atau bankrup sekiranya tidak di bail-out atau diselamatkan.


17. Mahathir memohon kepada Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu sebanyak RM2 Bilion untuk menyelematkan dan bail-out syarikat anaknya.


18. Anwar Ibrahim menolak permohonan Mahathir kerana Anwar berpendapat ia diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga wang atau khazanah rakyat dan ia sepatutnya digunakan untuk menolong orang miskin bukan untuk menolong golongan yang maha kaya,seperti anak-anak dan kroni.


19. Apabila Anwar menolak permohonan Mahathir akhirnya Anwar diusahakan secara terancang dengan menggunakan fitnah dan tuduhan yang direka agar dapat dipecat dari jawatan Menteri Kewangan dan menjadi ahli Umno.Selepas itu timbullah dan lahirlah fitnah dan tuduhan yang direka seperti budak IMF,agen Amerika,Liwat dan pelbagai fitnah untuk membunuh karakter Anwar Ibrahim.


20. Anwar Ibrahim pernah mencabar Mahathir berdebat sebanyak 3 kali.


21. Cabaran debat pertama mengenai isu IMF tetapi Mahathir menolaknya.


22. Cabaran debat kedua mengenai isu Liwat tetapi Mahathir menolaknya.


23. Cabaran debat ketiga mengenai Ekonomi tetapi Mahathir menolaknya.


24. Anwar Ibrahim mengambil pendekatan berani kerana benar dan takut kerana salah.


Abdul Rauf Hj.Jainullah.