MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CABANG (MATC) PORT DICKSON CABANG PERTAMA LULUSKAN USUL HENTIKAN KERJASAMA POLITIK BERSAMA TUN DR MAHATHIR

 

ELOK SANGAT LAH...DOK IKUT SAKA TUA TU BUAT APA..MENYEMAK SAJA


Image may contain: 1 person


MATC Cabang Port Dickson telah diadakan pagi tadi di Glory Beach Resort, Port Dickson yang telah diresmikan oleh Ketua Penerangan Pusat, YB Shamsul Iskandar. Sebelum itu, Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang juga telah diadakan.

Di dalam MATC pagi tadi, satu usul yang dibawa oleh perwakilan sdr Yusoff Latiff

iaitu mendesak Parti Keadilan agar menghentikan kerjasama politik bersama Tun Dr Mahathir Mohamad termasuk membawa bekas PM kerajaan PH itu ke dalam PH sekali lagi. Ini berlanjutan daripada tingkah laku Tun Dr Mahathir yang berterusan menyerang Presiden Keadilan selepas kejatuhan kerajaan PH akibat perletakan jawatan Tun Dr Mahathir yang tidak dirunding bersama dengan Majlis Presiden PH sehingga membawa pengkhianatan dilakukan oleh kumpulan Muhyiddin dan Azmin.

Sikap Tun Dr Mahathir ini tidak langsung menggambarkan semangat setiakawan di dalam PH dan samasekali tidak bertanggungjawab. Bahkan, cita-cita beliau ingin mewujudkan kerajaan perpaduan adalah sebagai cara untuk membunuh PH itu sendiri sekaligus untuk menyekat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi PM selepas beliau seperti perjanjian di dalam PH sebelum PRU14 lagi.

Usul yang dibawa oleh perwakilan tersebut telah mendapat sokongan sebulat suara dari semua perwakilan.

Tindakan yang dilakukan oleh Cabang Port Dickson ini patut diberi pujian kerana membuat keputusan yang tepat dan jelas. Semoga kesemua Cabang di seluruh negara melakukan perkara yang sama di dalam MATC masing-masing sebagai tanda kita bersolidariti dengan nasib PH yang dikhianati dan juga terhadap Presiden yang kita sayangi yang terus diserang oleh Tun Dr Mahathir.

WFAUZDIN NS