TABUNG WAKAF AIR IDEA BERNAS MENTERI PERIKATAN NASIONAL?


Timbalan Presiden PAS itu menganggarkan sebanyak RM16 juta sebulan dana wakaf itu terkumpul jika 1.6 juta penjawat awam membuat potongan gaji secara tetap setiap bulan sebanyak RM10. “Dalam masa setahun, RM192 juta dana wakaf dapat dikumpulkan dan dalam masa lima tahun, jumlah kumulatif dana wakaf akan mencapai RM960 juta,” katanya ketika berucap merasmikan Waqf Advancement Webinar 2020 secara maya anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor, lapor Malaysia Dateline.