Mula-mula seperti berprinsip, TIDAK AKAN sertai kerajaan baru
apabila MB Perak, Peja dijatuhkan di dalam Dun Perak bar-baru2 ni. Umno senyum je,
sebab Umno kenal benar lebai ni luar dalam. Kita dalam PH lebih kenal lebai
sampai ke dalam seluar dalam.
Akhirnya tepat. Beberapa hari sahaja ada 'wahyu' turun untuk
mengarahkan lebai agar sokong kerajaan baru. Sebelum itu, lebai dikatakan
'derhaka" kepada Istana Perak kerana gagal mengadap apabila dipanggil atas
alasan perlu bertemu dengan yang lebih "aula" dulu. Tidak pelik,
lebai bukan sekali buat perangai macam tu. Dulu, tahun 2009, di hadapan Istana
Perak, siapa yang berbaring dan berguling di atas jalanraya dengan memakai
jubah dan serban kalau tidak lebai?
Terkini, lebai dah mula bercakap soal jawatan dan kedudukan.
Kalau Anwar bercakap soal pertukaran PM dan ingin kembalikan mandat rakyat,
lebai akan bawa hujah betapa Islam melarang meminta2 jawatan. Sedangkan Anwar
melaksanakan amanah rakyat yang telah dirompak oleh pengkhianat yang lebai juga
turut bantu. Itu wajib Anwar lakukan. Tapi, bila berkaitan dengan Anwar, lebai
tetap akan cari dalil untuk jual agama. Nah, sekarang lebai merengek bercakap
soal Exco.
Umno ni pun satu. Suka menyakat lebai. Kita tahu, Umno akan beri
juga nanti jawatan Exco itu kepada lebai di Perak, cuma Umno mahu tengok
perangai lebai bila dalam keadaan tidak diberi dedak. Sekarang, semua nampak
kan perangai lebai?
So, jangan pelik kalau lebai memang pakar jual agama. Hukum ikut
kepentingan dia. Jika rugi, seperti jatuhnya kerajaan Nizar (Pas) di Perak
tahun 2009 dulu, hukum khianat haram. Bila untung kepada lebai, contohnya dapat
jadi kerajaan dan menteri alam sekitar jaga lencemaran tong sampah dan duta
khas, maka halal membantu pengkhianat.
Sama-sama .kita mengenali lebai.
WFAUZDIN NS