Tediaaa aihh..hebat no
MB Kedah, dia kata dia boleh suruh orang kampong p tambak dengan pasiaq dan
sekat ayaq hala ke lain..Fuhh aku suka juga nak tengok projek sekat ayaq bawa
p ke lain…Mampoih habih la orang Penang tak dapat makan ayaq….ishh lagu tu no….
Aku nak bayangkan lagu
mana kalau MB ni buat pelan ayaq tu nak bawa p kona kot mana…sat..sat otak aku
tengah dok pikiaq dia nak pusing masuk
sungai mana dan sungai tu gamaknya tinggai kerin kontang la sebelah kepala
bataih tu…kalau dia kona patah balik u-turn memang situ la kena buat..dia akan lalu sg Petani..tu ja sebaba sempadan antara Kepala Batas..Seberang Perai Utara dan Sg Petani...ayaq tu akan melimpah p ke Sg petani la...banyak duit no Kedah...baik beli keta dari dok pusing patah balik nak tenggelamkan Sg Petani..baguih no otak MB hangpa..punya banguih..
Kalau pakat pakat
tengok lah…orang kampong nak alih sekat
dengan guni pasiaq aku rasa tenggelam
Sungai Petani…habih la Dato Johari..tenggelam semua sungai Petani tu…
Orang Penang nak ambik
ayaq mana? Aku rasa tindakan Kedah ni
baguih juga..biaq orang Penang mampoih semua..lepiah tu Penang pulak sekat
orang Kedah jangan mai kerja kilang di Mak Mandin, bayan Lepaih, dan Perai….tuuu
dia pakat pakat bekelahi..baru meriah…
Sebenaqnya banyak ja
sungai, Cuma nak elok dengan dak saja..Aku rasa sungai di belah tasek gelugoq, Sg mengkuang, Sg Perai..tolak pi sana mai
sini, Penang boleh hidup.Kalau 50 juta tu nak bayaq setahun…baik Penang yang
kaya raya tu dia akan guna duit tu alirkan mana mana sungai atau jadikan
kawasan sungai yang ada digunakan sebaik mungkin. Bagilah si MB tu telan ayaq
dan kenyangkan rakyat Kedah….
Banyak sungai yang
tercemar dah diubah kepada green river..misalnya belah Sungai Pinang dah ada
kesedaran untuk menjadikan sungai Pinang tu lebih bersih akibat kempen dan
kesedaran tentang penggunaan dan menjaga kebersihan.Selain ayaq sungai Pinang ,
ayaq dari bukit bendera harus dijadikan sebagai sumber walau pun ianya terhad.
Dengan adanya beberapa NGOs misalnya water watch di Penang dan Persatuan Pengguna
dan kesedaran rakyat Penang, ancaman MB berotak kampong ni boleh atasinya…kah..kah…
Apa pun Sg pinang di Pulau dan Sg perai, Sg Mengkuang dan Sg tasek gelugor harus di persiapkan agar cabaran MB Kedah ni bukan sebagai ancaman.
Sempadan sungai antara Kedah Penang Perak...apa kata ambik sikit dari Perak ....kedah melompong..sekupang pun tak dapat.
Sungai Mengkuang...antara sungai yang dijadikan pusat pelancongan kini.generasi muda digalakkan menjadikan sungai sebagai anugerah yang tidak ternilainya. Penang menjalankan aktiviti mendidik rakyatnya menjaga sungai..
WRLR-