FAEZUDDIN PUAD
1. Bukan hak Muhyiddin tentukan siapa pemimpin UMNO untuk
menjadi Timbalan Perdana Menteri.
2. Biar la UMNO yang tentukan, sama ada hendak melantik Zahid
Hamidi atau Hishamuddin atau Annuar Musa atau sesiapa saja yang dirasakan
layak.
3. Namun telah menjadi lumrah berpuluh tahun jawatan dalam
kabinet Kerajaan diisi oleh pemimpin yang ada kedudukan dalam parti. Keutamaan
wajib diberi kepada Presiden, kalau Presiden tak layak, diikuti Timbalan
Presiden, Naib Presiden dan seterusnya.
4. Semacam satu adat, barangsiapa menjadi Presiden UMNO, secara
automatik dia menjadi Perdana Menteri. Siapa Timbalan Presiden UMNO, dia akan
dilantik Timbalan Perdana Menteri.
5. Kurang manis jika Muhyiddin melanggar adat UMNO ini.
6. Sekiranya Muhyiddin berkeras juga mahu lantik pemimpin UMNO
yang tiada kedudukan dalam parti ke jawatan TPM maka bersedia la berhadapan
dengan keputusan yang bakal menambah derita kerajaan PN.
7. Yang pasti semuanya terserah kepada UMNO, bukan Muhyiddin
kerana Muhyiddin adalah Presiden Bersatu bukan Presiden UMNO.
Wallahualam.