Hutang peneroka RM7.3 bilion, apa kesudahannya?
Ridhuan Esa
Menoleh kebelakang, berkenaan matlamat kewangan FELDA melibatkan:
- Pinjaman KWSP RM6.5 Bilion (2009)
- Pendapatan IPO FGVHB RM6 Bilion (2012)
- Pinjaman Bank Tampung Operasi dan bayaran balik Pinjaman RM10.7 Bilion (2014 – 2017)
- Pinjaman Kementerian Kewangan RM0.577 Bilion (2018 – 2019)
Dalam masa 20 tahun ini RM23.7 Bilion telah dijana melalui pinjaman dan pendapatan dengan liabiliti hutang lebih dari RM14 Bilion (2017) RM10 Bilion (semasa).
Terima kasih kerajaan Malaysia kerana bersungguh untuk membina semula FELDA yang telah runtuh dengan memperkenankan terbitan sukuk bernilai RM9.9 Bilion.
Namun, setelah diumumkan penyata hutang peneroka berjaya disenaraikan, peneroka dan generasi masih tertunggu-tunggu kesahihan hutang peneroka berjumlah RM7.5 Bilion yang diumumkan mantan Pengarah Besar FELDA. KERTAS PUTIH FELDA hanya menyatakan hutang peneroka pada 2017 adalah bernilai RM2.3 Bilion.
Diharapkan penstrukturan semula hutang peneroka dan pemerkasaan pengurusan ladang peneroka dilibatkan dari sebahagian terbitan sukuk ini dan dibelanjakan dengan berhemah serta tidak tiris sebagaimana apa yang telah berlaku.
Kita tidak mahu wang sukuk ini disalah belanja seiring cita-cita kononnya nak bina menara kembar 3 untuk FELDA. Menara FELDA sedia ada, 112 638 peneroka FELDA hanya mampu melihat, tak mampu menggapai. Setiap nilai RM yang dibelanja adalah wang rakyat kepada FELDA dan warganya.
Adakah satu lagi nilai bilion ini mampu merubah atau merebah FELDA?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam Maulidur Rasul.
29 Oktober 2020
Generasi Ke 2 FELDA Sungai Sibol
Generasi Ke 3 FELDA Sri Jaya