Di viralkan kononnya ada upahan atau ganjaran dari Keadilan untuk meniupkan sentimen anti kerajaan. Media FMT yang melaporkan perkara ini pun tidak berani menyatakan siapa penulis artikel ini bahkan tidak berani menyatakan dari mana sumber itu diperolehi.
Apabila penulisnya pun penakut untuk dedahkan diri dan sumbernya pun sekadar diberitahu kononnya diperolehi dari pihak 'dalaman' parti, apa lagi yang boleh kita harapkan dari berita sampah seperti ini?
Peliknya, berita seperti ini lah yang menjadi makanan puak-puak lebai dan macai. Aku nak beritahu, Keadilan tidak perlu upah atau bayar sesiapa untuk burukkan imej kerajaan pintu belakang ini kerana imejnya telah tersedia dengan amat jelik sekali. Satu dunia tahu kisah pintu belakang dan kerajaan tebuk atap sekarang ini adalah kerajaan tanpa mandat rakyat. Muhyidin sendiri mengaku kerajaan ini bukan kerajaan dari mandat rakyat. Tidak pelik kalau sehingga ini hanya dua negara sahaja iaitu Indonesia dan Singapura yang ucap tahniah kepada kerajaan pintu belakang ini. Itu pun sebab berjiran terlalu hampir, terpaksa jugalah bertanya khabar. Negara lain? Yelekk...
Tuduhan kononnya Keadilan membayar upah untuk buat kerja bodoh ini hanyalah datang dari orang bodoh sahaja dan dipercayai pula oleh orang tolol belaka. Buat apa mahu burukkan sesuatu yang telah buruk? Bukankah sesuatu yang sia-sia?
WFAUZDIN NS