KRITIKAN DAN TEGURAN ITU UNTUK SEMAK DAN IMBANG KERAJAAN



Saya agak risau bila membaca grafik Jabatan Penerangan Malaysia semalam berkenaan ‘berita palsu’ (fake news), khusus bab ‘menanam kebencian terhadap kerajaan pemerintah & pemimpin’ adalah satu bentuk berita palsu.

Apakah Akta yang menjadi asas kepada takrifan ‘berita palsu’ seperti yang digunakan di sini?

Adakah Kerajaan berkata kita tidak lagi boleh komen atau marah bila ada menteri yang kata air suam boleh bantu bunuh virus Covid-19?



Atau bila ada menteri membazir alat pelindung diri (PPE) dan ditegur para doktor?

Atau bila ada menteri yang ajak mahasiswa main TikTok?

Atau ada grafik Kerajaan yang mengajak isteri menegur suami dengan menggunakan nada Doraemon?

Yang betul tetap betul. Yang salah perlu ditegur.

Kita semua mahu bersama melawan Covid-19. Kita semua mahu selamatkan ekonomi negara.

Tapi kita semua juga mahu bersuara bila wujud keperluan untuk bersuara. Ini bukan perkara palsu.

Fahmi Fadzil