Gabungkan kekuatan PH formula utama pulangkan mandat rakyat

Gabungkan kekuatan PH formula utama pulangkan mandat rakyat

Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas


Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. - Foto Astro AWANI
PENAMPANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Pada sidang media hari ini, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain itu, tindakan mereka juga adalah untuk memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan masing-masing.
Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus pada Isnin.




SIAPA PERDANA MENTERI KE SEMBILAN?






"Tidak ada perbahasan parlimen, media arus perdana nampaknya lebih tunduk sekarang dan terdapat gangguan terhadap masyarakat awam, wartawan dan sebagainya," tegasnya. Sementara itu, bukan rahsia bahawa kedudukan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL sangat rapuh, dengan kedua pihak BERSATU di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin dan UMNO, Dato' Seri Zahid Hamidi seolah-olah saling mencabar siapa yang lebih berpengaruh. Malah perkara ini pernah ditimbulkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang berkata jika undi tidak percaya dilakukan terhadap Muhyiddin Yassin apabila Parlimen bersidang, beliau tidak tahu sama ada sokongan majoriti boleh didapati. "PAKATAN HARAPAN tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PAKATAN HARAPAN terhadap UMNO ialah UMNO parti korup. Penyertaannya dalam Kerajaan PERIKATAN NASIONAL menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan korup," tulisnya di blog pada 2 Mac lalu.

Kekayaan tidak harus berlegar pada kelompok elit, tegas Anwar

Anwar Ibrahim: Tazkirah Mingguan Dari Kediaman 14/06/2020





SYAFIE AFDAL HARUS SEDAR KEADAANNYA KINI DI SABAH BILA MUSA AMAN BEBAS



FRIENDS OF MASZLEE







Kalau lama sangat ambil masa PH ni, kacau momentum.

Dua moves yang sedang galak berlaku sekarang.

UMNO tengah cari jalan untuk ugut Bersatu terutama sekali Muhyiddin untuk gugurkan kes-kes jerung UMNO terutama sekali Najib dan Zahid.

Sebab tu Tun M sebut benda ni dua hari lepas. Dia dapat info ni lebih awal dari kita.

Apa akan jadi kalau Muhyiddin berkeras?

Mudah, UMNO akan tarik dari PN dan PN akan jatuh. Taktik yang sama digunakan Muhyiddin bila buat keputusan untuk keluarkan Bersatu dari PH tanpa mandat MPT.

Muhyiddin cannot afford to lose his power now.

Muhyiddin juga dah lepaskan Musa Aman dengan tujuan untuk ambil Sabah.

Game Muhyiddin ialah kalau Sabah jatuh, Warisan lumpuh. Bila Warisan lumpuh, PH pun lumpuh.

Muhyiddin nak devide and rule. Nak kacau PKR, payah. Nak kacau DAP dan Amanah, lagi mustahil. Nak kacau 5 MP Bersatu tu dah macam-macam dia offer, tak jalan.

Yang tinggal hanyalah Warisan dan Bebas.

Dan Muhyiddin tak ada power untuk kacau MP Sabah. Dia perlukan Musa Aman yang sama taraf dengan Shafie Apdal. Sebab tu BN dan PN sambut Musa Aman di airport macam sambut raja.

Shafie Apdal sebut tiap-tiap hari orang call MP Warisan dan UPKO offer macam-macam untuk lompat parti.

Gila woi.

Shafie Apdal dah bagi kata putus kat PH terutama sekali Anwar. Now or never. DAP, Amanah dan Warisan sokong Tun untuk jadi PM.

Anwar je yang masih gelecek bola luar padang.

Tun M sebenarnya tak nak pun dan tak ingin pun nak jadi PM. Korang fikir balik, apa dia nak lagi dengan hidup dia sebenarnya? Dah jadi PM 3 kali, dah tua.

Tapi aura dia tu diperlukan. Itu yang DAP, Amanah dan Warisan nampak.

Ini game MP, bukan game sentimen lagi dah.

Nak goncang 17 MP Bersatu yang bersama Muhyiddin tu, kalau hantar Anwar dorang gelak je. Kalau hantar Tun mahu gelabah dorang.

Nak goncang pula GPS, Bebas dan sebahagian UMNO dan PAS, Anwar tak mampu. Kalau mampu, Anwar dah jadi PM lama dah.

Bila dapat balik Kerajaan, baru Sabah akan solid balik. Sekarang tengah goyang teruk ni.

Muhyiddin guna game defeaning silent sedangkan satu Malaysia tahu dia watak di sebalik pembebasan Musa Aman sebab masa MPT itu hari dia sebut, “something is happening in Sabah next week”.

Sekarang ni harapan kita kat PH atau to be exact, kat Anwar je untuk berkorban dan terima realiti yang dia tak ada apa yang Tun ada.

https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2020/06/14/sabah-government-under-siege




ANTARA ANWAR DAN MAHATHIR, SIAPAKAH YANG PALING TERDESAK UNTUK SINGKIRKAN MUHYIDDIN?



Siapakah di antara Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir Mohamad yang paling terdesak untuk kembali berkuasa dan ingin sekali menjatuhkan Muhyiddin Yassin?
Mari kita memahaminya dalam bahasa dan erti kata yang paling mudah sekali.
Bagi Anwar, keinginan mengambil semula kerajaan adalah semata-mata untuk mengembalikan mandat rakyat kepada PH, bukan kerana ada dendam peribadi terhadap sesiapa.
Berikutan PH yang telah dipilih pengundi pada PRU14 lalu, tetapi kemudian kuasa sebagai kerajaan itu dicuri oleh golongan pengkhianat yang berpakat dengan kumpulan yang kalah pilihanraya, sebagai Pengerusi gabungan itu sekarang ini, Anwar tentu saja ada tanggungjawab moral untuk mengembalikan hak rakyat tersebut.
Apatah lagi, dalam kerajaan PN ini terlalu banyak perkara yang tidak betul berlaku seperti menangguh-nangguhkan Sidang Parlimen, meluluskan beberapa kali sejumlah perbelanjaan terkumpul wang negara tanpa membawanya ke Parlimen, mengagihkan GLC seperti harta syarikat sendiri dan bermacam-macam lagi.
Semua keadaan itu menjadikan ancaman kepada masa depan negara, di samping dalam waktu yang sama, kepedulian kepada rakyat semakin diabaikan.
Jangankan bantuan BPN yang pada awalnya dijanjikan tidak ada sesiapa yang tertinggal daripada menerimanya, tetapi akhirnya ramai yang terabai hanya kerana pernah berdaftar dengan SSM, malah masalah bil letrik yang melambung tinggi yang diterima rakyat juga terhegeh-hegeh untuk diatasi.
Kenapakah menyelesaikan masalah rakyat begitu lembab dan perlahan berbanding menganugerahkan penyokong kerajaan kedudukan bergaji lumayan dalam GLC?
Oleh yang demikian, atas kapasiti sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang, ditambah lagi kedudukan majoriti PN di Parlimen hanya ada dua undi saja, Anwar cuba mengusahakan yang terbaik untuk mengambil alih semula kerajaan.
Dalam hal ini, semua pihak yang tidak bersama kerajaan seharusnya memberi sokongan kepada Anwar dan PH atas niat murni untuk mengembalikan semula hak kerajaan yang telah dicuri itu.
Bagi Tun Mahathir pula, keinginannya menjadi Perdana Menteri semula dengan bantuan PH adalah semata-mata kerana dendam dan ingin menjatuhkan Muhyiddin.
Beliau sendiri mengakui tidak akan berhenti daripada berusaha untuk menjatuhkan Muhyiddin yang disifatkannya telah mengkhianatinya.
Dalam waktu yang sama, berikutan perbalahannya dengan Muhyiddin dalam Bersatu, Tun Mahathir sudah pun terpecat daripada parti itu dan kini merupakan individu yang tidak berparti.
Ternampak di sini bahawa Tun Mahathir begitu ingin kembali semula sebagai Perdana Menteri kerana ada dua dendam terpendam dalam hatinya – menjatuhkan Muhyiddin yang dianggap mengkhianatinya dan mengambil semula kedudukannya dalam Bersatu yang telah disingkirkan oleh Muhyiddin.
Jika gagal menjadi Perdana Menteri semula dalam waktu terdekat ini dan Muhyiddin dapat lebih dulu mengadakan pemilihan Bersatu, keadaan itu dengan sendirinya akan menjadikan kedudukan Tun Mahathir terpinggir terus daripada parti yang ditubuhkannya itu.
Tun Mahathir hanya dapat mengambil balik semula Bersatu jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri semula sebelum parti itu mengadakan pemilihannya.
Ini bermakna Tun Mahathir sedang berkejar dengan masa untuk mencapai semua impiannya.
Berbeza dengan Anwar, walaupun keinginan mengembalikan hak rakyat itu juga merupakan suatu tuntutan yang mendesak daripada pengundi PH, tetapi oleh kerana ia tidak disaluti dendam dan agenda-agenda lain, beliau masih boleh bersabar dalam melakukannya.
Jika tidak berjaya dalam waktu terdekat, ia mungkin saja boleh dilakukan melalui usul undi tidak percaya atau dalam penolakan terhadap Belanjawan 2021 pada November depan.
Begitu pun, Tun Mahathir tidak boleh menunggu sejauh itu kerana pada waktu itu Bersatu tentu sudah selesai mengadakan pemilihannya dan Muhyiddin telah pun disahkan sebagai Presiden Bersatu yang akan menang tanpa dicabar oleh Mukhriz yang sebelum ini turut terpecat bersama bapanya.
Sebab itu, walaupun ikut logiknya dalam keadaan sekarang ini Tun Mahathir seharusnya lebih beralah dan tidak lagi berebut untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, namun kerana adanya dendam dan tujuan lain yang mahu dicapainya, itulah sebabnya beliau beria-ia mahu kembali semula ke puncak kuasa.
Apakah yang bakal dilakukannya terhadap Muhyiddin jika beliau berjaya menjadi Perdana Menteri nanti?
Inilah yang menjadikan soal menentukan siapa calon Perdana Menteri menjadi sukar, ia tidak lain disebabkan Tun Mahathir seperti enggan beralah bagi mencapai tujuan peribadinya itu.
Jika beliau memikirkan soal rakyat semata-mata dan menyedari kedudukannya bukan lagi dalam PH, Tun Mahathir sepatutnya lebih bertolak ansur dan tiada masalah menyokong Anwar sebagai calon tunggal Perdana Menteri.
Tanpa sokongan Anwar, Tun Mahathir tidak boleh berjaya mencapai impiannya dan bagi Anwar juga, jika tanpa sokongan Tun Mahathir, beliau tidak mungkin mampu mencapai impiannya.
Kedua-duanya perlu sokongan satu sama lain jika ingin menjatuhkan Muhyiddin.
Bezanya cuma, Anwar masih boleh menunggu sehingga PRU15 untuk mengambil alih semula kerajaan, tetapi Tun Mahathir pasti tidak sanggup menunggu sehingga tempoh itu.
Dengan Bersatu dan UMNO kian berbalah dalam PN, pembahagian kerusi menjadi isu sukar, PH dengan sokongan pengundi muda, pengundi bandar, separa bandar serta bukan Melayu, diakui ada harapan lebih cerah dalam PRU15 akan datang nanti berbanding PN yang berantakan.
Susah-susah sangat, daripada memberi laluan kepada Tun Mahathir kembali semula sebagai Perdana Menteri yang kemudian menjadikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri yang terdedah semula kepada mungkir janji dan dikhianati sekali lagi, lebih baik beliau tarik diri dalam perebutan ini, di waktu yang sama tarik diri juga dalam menyokong Tun Mahathir dan tumpukan saja perhatian kepada PRU15 sepenuhnya.
Menunggu sehingga PRU15 tidak menjadikan Anwar, PKR dan PH rugi apa-apa, namun Tun Mahathir pasti akan rugi serugi-ruginya, malah masa depan anaknya, Mukhriz pun akan tenggelam bersama dendam tak kesampaian bapanya. (Shahbudindotcom 15/06/2020)


DOROYAH KELUAR PARTI- JOM KITA LIHAT BANNER SAMBUTAN TERHADAP DIA DI SEMENTA

AINA SAYUTI

DR.DAROYAH KELUAR PARTI

Malaysia ni tiada Akta Anti Lompat Parti. Menang PRU atas tiket parti dan Watikah ditandatangan Presiden parti. Tetapi bila dah dapat jawatan tinggi mula nak hilang kepercayaan kepada parti dan Anwar Ibrahim.

Eh..kenapa dia hari ni baru hilang kepercayaan kepada Anwar? Apakah 2013 dulu sewaktu dia mula-mula menang jadi Adun Sementa dia sangat yakin dengan perjuangan Anwar dan parti KEADILAN? Beza apa?

Bezanya....dulu takde Gerakan Jemin secara terbuka. Gerakan Jemin adalah underground dalam parti dan dia berfungsi mengukuhkan operasi Jemin dikalangan Wanita dan juga di Selangor selaku Ketua Wanita Selangor dan Ketua Cabang.


Adapun sekarang operasi tu dah terminated. Metodologi underground dah berubah ke perang terbuka. Maka timbullah hujjah "hilang percaya" padahal, sejak bila dia percaya kepada Anwar? Apakah sejak terkena Surat Tunjuk Sebab beberapa hari yang lepas? Jawab je lah Surat tu jika anda memang dapat buktikan anda tidak bersalah dan masih setia pada parti.
Sekarang parti tak payah buang anda. Anda pilih bersama pengkhianat mandat. Mendapatlah kata-kata "positif" dari pengundi anda sendiri. Saya sekadar kongsikan buat peringatan.

TAK PATUT SANGAT KOT HALOBA PADA KERUSI MENTERI


W.Faudzin

Anwar berkali-kali ditawarkan jawatan tinggi dalam kerajaan, syaratnya tinggalkan kawan-kawan dari DAP dan AMANAH. Anwar tolak dengan tegas. Begitu sekali Anwar jaga kawan-kawan dia. Tak masuk akal kalau kawan-kawan dia sanggup lupa kat Anwar hanya kerana nampak kerusi menteri kot.

NEGARA MANA NAK BERI MALAYSIA PINJAM?

PUNG PANG PUNG PANG...ERKKKK

W.FAUDZIN

Timeline: Mahathir and Anwar's turbulent relationship | News | Al ...


Maka, pung pang pung pang pmimpin ini bercakap tentang dapatkan mandat rakyat semula.  Ya, setuju!!
Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri.  Ya, setuju!!
Siapa PM pun tak kisah, asalkan PH dapat mengembalikan mandat rakyat yg dirampas.  Orait, setuju!!

Jadi, antara Tun yg dah jadi PM selama 22 tahun + 22 bulan, dengan Anwar yg skrg ini Ketua Pembangkang yg belum pernah jadi PM, siapa patut mengalah dan bertolak ansur?

Errrr...errr...Anwar lah!! 

Sebab?

Kalau Anwar jadi PM, tak dapat sokongan dari warisan dan GPS, maka tak cukup bentuk kerajaan.

Kalau Tun M jadi PM?

Errr....errr... warisan dan GPS akan sokong Tun.

Cukup ke bentuk kerajaan?

Errr...errr...tak cukup...hehe

Habis tu?

Err..errr. .Anwar dan PKR kena la sokong juga..hehe...

Bijak....bijak....



TNB OH TNB...SENANG LA SAKAU.....


TNB.

Electricity rebates: TNB pledges another RM150mil



1. Saya terima banyak aduan tentang bil TNB yang bukan sahaja tinggi tapi juga yang tak masuk akal dan tak munasabah.

2. Misalnya , ada yang yang dapat bil tinggi walaupun rumah tak berpenghuni kerana tuan rumah tinggal di rumah yang lain.

3. Ada orang kampung yang hanya seorang ibu tua sahaja tinggal di rumah itu, tiba-tiba dapat bil dekat RM 300++. Mengamuk sakan orang tua itu.

Bila di confront, TNB boleh kata " oh.. di musim PKP ni , byk pakai letrik makcik!". Depa ingat makcik tu tak pandai. Makcik tu jawab " saya tinggal sorang- sorang kat rumah, sebab anak tak boleh balik".

4. Akhirnya, TNB mengaku the bil was charged based on "agak agak" and reduced the amount.

Alasan TNB "pemeriksa meter tak dapat buat kerja kerana PKP".  Mak datuk, senang je depa cari jalan keluar..

5. Utk TNB dan Gomen Tebuk Atap.. Janganlah tipu rakyat dan bagi depa susah lagi. ..di mana hati anda semua?

Bagi yang puji kata 100 hari pemerintahan gomen tebuk atap cemerlang dan rakyat puas hati..jangan sampai rakyat sumpah anda tau!

YB Sepang.
12/6/2020.