BENARKAH SEMUA PENGANUT SYIAH ADALAH SESAT?

Setakat ambo jumpa dalam kitab kitab lama, perbezaan Sunni - Syiah boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Perbezaan di segi sumber hukum. 

Sumber hukum bagi sunni ialah Al Quran, Al Sunnah, Ijma' dan Qias. Berbeza dengan Syiah yang hanya menjadikan Al Quran Dan Al Sunnah sahaja sebagai sumber hukum. Jika tidak terdapat dalam Al Quran Dan Al Sunnah, mereka menggunakan akal atau ijtihad. Ijma' dan Qias bukan sumber hukum di sisi Syiah. 

2. Perbezaan di segi imamah atau khalifah. 

Syiah berpegang perkara imamah/kepimpinan ialah "nassi" yakni ditentukan oleh Allah. Sebab itu mereka hanya berpegang kepada konsep "Imam 12" di mana Saidina Ali adalah Imam yang pertama. Semua "Imam 12" di sisi Syiah adalah maksum.

Manakala Sunni berpandangan Imamah/khalifah adalah perkara "ijtihadi" atau pilihan ummat, tidak maksum. 

3. Perbezaan di segi hukum feqah. 

Ada beberapa hukum feqah yang amat berbeza antara Sunni - Syiah, antaranya;

a) Solat secara jamak. 

b) Lafaz Azan, 

c) Nikah mut'ah, 

d) Sujud atas tanah, 

e) pembahagian pusaka. 

Sebagai contoh, Solat jamak di sisi Syiah ialah kerana "masyaqqah", manakala Sunni berpandangan ianya "rukhsyah". 

Kalau dalam Syiah ada nikah mut'ah, dalam sunni ada nikah misyar yang konsepnya hampir sama. 

3. Sikap ke atas Sahabat Nabi Saw. 

Sunni menerima semua sahabat Nabi saw berbanding Syiah yang mengutamakan "Ahli Al Bait" @ keturunan Rasulullah saw. Syiah menerima semua hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Al Bait dan menolak hadis hadis yang bercanggah dengan riwayat ahli al bait. 

Mazhab Jaafari diterima oleh Universiti Al Azhar sebagai Mazhab yang ke 5 selepas mazahib lain, manakala Mazhab Zaidiyyah dianggap mazhab yang paling hampir atau hampir sama dengan mazhab empat dalam Sunni. 

Ambo tidak nampak perbezaan perbezaan ini boleh membawa kepada kesesatan atau terkeluar Dari Islam. Adapun pihak yang " ghuluw" atau menyeleweng bukan sahaja berlaku dalam Syiah, tetapi berlaku juga dalam mazhab Sunni. " Al Rafidhoh" adalah kumpulan paling sesat dalam Syiah manakala Ahmadiyyah adalah puak sesat dalam Sunni.

p/s Mazhab Jaafariah dan Zaidiyyah adalah antara 8 mazhab yang diiktiraf dan yang masih pengikut dalam dunia Islam. 6 lagi ialah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, Ibadhi dan Zohiry. 

Wallahu'alam.

No comments: