Petang tadi, saya menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, dan kami bertukar pandangan berhubung perkembangan di Asia Barat.
.
Kami berkongsi kebimbangan terhadap situasi yang semakin meruncing susulan serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat. Saya menegaskan bahawa tindakan ini merupakan pencabulan terhadap prinsip undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB.
Kami turut senada bahawa semua pihak yang terlibat perlu segera menghentikan serangan, melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan kembali ke meja rundingan bagi meredakan ketegangan yang semakin memuncak.
Pada masa sama, PM Shehbaz memaklumkan perkembangan mengenai ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan, serta berkongsi pandangan tentang inisiatif yang perlu dilaksanakan bagi merintis jalan damai antara kedua-dua negara.
Saya menegaskan bahawa semua pihak perlu menahan diri dan mengelakkan tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan. Malaysia menggesa agar ketegangan ini ditangani melalui dialog dan saluran diplomatik.
=====
This evening I received a phone call from the Prime Minister of Pakistan, Shehbaz Sharif, during which we shared concern over the increasingly grave situation in West Asia following the attacks initiated by the Zionist regime of Israel and the United States.
I stressed that these actions constitute a violation of international law and the Charter of the United Nations.
We were in agreement that all parties involved must immediately cease the attacks, implement an unconditional ceasefire and return to the negotiating table to de-escalate the situation.
PM Shehbaz also shared updates on the tensions between Pakistan and Afghanistan, and exchange views on initiatives that must be taken to pave the way for peace between the two countries.
I emphasised that all sides must exercise restraint and avoid any actions that could further aggravate the situation. Malaysia urges all parties to address these tensions through dialogue and diplomatic channels.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja

No comments:
Post a Comment