Isu kerajaan negeri nak sita ladang FGV. Apa fakta yang tidak diketahui?


The Greatest Ganu







1. 92% saham FGV kini dimiliki oleh Felda. Sebahagian saham lagi dimiliki Koperasi Peneroka


2. FGV bukan milik korporat, taikun atau parti politik tertentu sepertimana yang dituduh


3. Hasil keuntungan ladang digunakan Felda bagi membantu peneroka. Bina rumah, pendidikan, pekerjaan, duit raya, bantuan tanaman semula dan pelbagai lagi


4. Lebih 100 ribu peneroka dan keluarga menerima manfaat hasil keuntungan ladang. Hampir semuanya adalah Melayu


5. Apabila Felda meneroka lebih 14 ribu hektar tanah di Terengganu bermula 1985, tanah-tanah itu asalnya hutan belantara


6. Jika bukan kerana Felda usahakan, tanah itu masih hutan. Terbiar dan tidak digunakan


7. Kerajaan Terengganu tiada kewangan bagi membangunkan tanah seluas itu dalam masa yang singkat. 


8. Pembangunan tanah tersebut telah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada puluhan ribu rakyat Terengganu


9. Apabila ladang2 ini diuruskan FGV pada 2011, Felda telah membayar sekitar RM40 juta kepada kerajaan Terengganu 


10. Kerajaan Terengganu di bawah Dato Ahmad Said telah menuntut 30% perkongsian keuntungan yang akan diberi untuk rakyat miskin


11. Kadar ini walaupun agak tinggi tapi munasabah kerana ketika itu sebahagian saham FGV dimiliki oleh syarikat-syarikat besar


12. Oleh itu keuntungan yang nak diberi kepada rakyat miskin itu adalah keuntungan yang diambil daripada pemegang korporat / pelabur. Ia tidak menjejaskan peruntukan kepada peneroka 


13. Apabila dinyahsenarai pada Ogos 2025, Felda telah membeli hampir semua saham FGV


14. Oleh itu, tuntutan perkongsian keuntungan oleh kerajaan negeri secara langsung hari ini akan mengurangkan pendapatan Felda dan peruntukan kepada peneroka


15. Jesteru tindakan kerajaan lama dan kerajaan hari ini adalah berbeza impaknya


16. Seterusnya tindakan menyimpan bayaran daripada Felda selama 14 tahun di bawah pentadbiran 3 Menteri Besar


17. Selepas diketahui umum, barulah dipersetujui hari ini agar wang itu dipulangkan semula


18. Tindakan menerima dan menyimpan bayaran tersebut selama 14 tahun dibimbangi boleh dianggap sebagai tacit consent (kebenaran melalui perbuatan / tersirat) oleh mahkamah. 


19. Admin dapat lihat melalui tindakan dan kenyataan Felda dan FGV seolah-olah mereka SANGAT NEKAD menyambut 'cabaran' kerajaan negeri dengan selesaikan melalui mahkamah -- bukan lagi rundingan


20. Tindakan FGV yang telah mula mengosongkan ladang-ladang mereka di Terengganu boleh menyebabkan ladang terbiar, kehilangan hasil dan menjejaskan bantuan kepada peneroka 


21. Oleh itu usaha perbincangan antara TPM Dato Seri Zahid bersama YAB MB Dr Samsuri adalah dialu-alukan bagi mengelakkan ia berlaku


22. Admin menyokong usaha kerajaan negeri menambah pendapatan mengikut lunas undang2. Dengan menghormati hak dan sumbangan semua pihak 


23. Semoga dipermudahkan urusan dengan segera demi rakyat jelata


#MajuTerengganuKu




No comments: