Ketua AMK Kamil Munim mengkritik peserta penunjuk perasaan di Sabah yang membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Berdasarkan laporan Malaysikini Kamil - yang juga setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan - berkata pembakaran karikatur seperti itu bukan sahaja keterlaluan dan biadab, tetapi juga menunjukkan penunjuk perasaan tidak mempunyai hujah yang sah untuk dibuat.
"Tindakan ini berlebihan dan biadab, tidak pun boleh dianggap sebagai protes aman, membahayakan diri dan orang awam, gagal memahamkan masyarakat umum apa yang nak disampaikan, dan paling utama, ini tanda kekalahan dalam perlawanan hujah.
"Hujah tak pernah berkesan disampaikan, hanya aksi kosong untuk dilihat berani bagi mencuri perhatian masyarakat. Tidak membantu menyelesaikan isu yang diperjuangkan.
"Okaylah anda dah berjaya dapat perhatian, sekarang munculkan diri dan berhujahlah dengan bernas.”

No comments:
Post a Comment