Shahril SY
Memang betul dengan kenyataan Shahril KS sebelum ini. Aset terpenting PMX ketika ini bukan hanya kestabilan dalaman tetapi juga kewujudan sebuah pembangkang yang lemah, tidak berfungsi dan gagal menawarkan imbangan yang bermakna.
Sebagai penyokong tegar Kerajaan MADANI.
Saya percaya kestabilan negara tak boleh hanya bergantung kepada kelemahan musuh.
Kita perlukan pembangkang yang kuat, bukan yang hanya hidup atas modal 3R, emosi dan sentimen agama.
Perikatan Nasional (PN) perlu berubah wajah jika benar mahu tawarkan diri sebagai alternatif.
Bukan lagi dengan naratif sempit dan retorik ulangan yang tiada isi. Tapi dengan idea, strategi dan leadership style yang meyakinkan rakyat.
Sudah tiba masa pembangkang tampil dengan keupayaan sebenar sebagai kerajaan menanti dengan hujah dengan pendekatan ekonomi, sosial dan dasar yang jelas.
Bukan sekadar menjaja kemarahan tetapi menawarkan harapan.
Antara langkah yang perlu dilakukan oleh PN:
- Tampil dengan pendekatan lebih popular.
- Tawarkan kepimpinan alternatif.
- Cabarkan wakil kerajaan untuk debat terbuka seperti yang pernah dilakukan oleh Rafizi Ramli dahulu ketika beliau melawan pemimpin BN dengan hujah dan data.
Buktikan pada rakyat bahawa mereka bukan hanya mahu kuasa tapi layak untuk diberi kuasa.
Rafizi adalah contoh terbaik.
Rafizi Ramli adalah pemimpin PKR paling konsisten, paling berani dan paling bernilai dalam sejarah parti dari aspek pendedahan skandal, debat nasional serta integriti berprinsip.
Satu ciri yang sukar ditemui dalam politikus Malaysia hari ini.
Kita tidak perlukan politik syok sendiri.
Kita perlukan pertarungan idea.
Dan untuk itu, kerajaan perlu lebih berwibawa dan pembangkang perlu lebih bermaruah.
Negara yang kuat lahir dari kerajaan yang berfungsi dan pembangkang yang berwibawa.
Dan rakyat akan lebih bijak bila mereka melihat perbezaan idea bukan hanya pertarungan slogan semata-mata.

No comments:
Post a Comment