
Nurul Izzah mencabar Rafizi bagi merebut jawatan Timbalan Presiden KEADILAN 2025.
KUALA LUMPUR, 9 Mei – Nurul Izzah Anwar menghantar borang pencalonan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.
Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden KEADILAN merupakan individu pertama berbuat untuk merebut jawatan setelah beberapa minit tadi, Mohd Rafizi Ramli baru mengemukakan nama mempertahankan jawatan yang dimenanginya pada 2022.

Sementara Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail masih belum mengemukakan pencalonan mana-mana jawatan termasuk Timbalan Presiden parti.
Sementara itu seperti dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengemukakan pencalonan bagi jawatan Presiden kira-kira 20 minit sebelum nama Nurul Izzah muncul dalam senarai pencalonan jawatan pusat.
Terdahulu, Anwar ketika ditemui mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden KEADILAN.

“Saya tak daftar lagi, (pencalonan untuk jawatan) presiden masih kosong…. saya isi (borang) kemudian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas makan tengah hari di Restoran Kampung Pandan Kari Kepala Ikan Termasyhur di sini, hari ini.
Ditanya mengenai sokongan majoriti cabang KEADILAN terhadap Nurul Izzah Anwar untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden, Anwar bagaimanapun tidak mengulas lanjut.
No comments:
Post a Comment