Cop. Kalau DS Anwar 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 anak-anak beliau pegang jawatan penting dalam parti, itu bolehlah nak kata nepotisme.
Tapi anak beliau (sorang je pun) 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Nurul Izzah 𝗸𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝗻 dipilih oleh ahli parti. Nepotisme apanya?
Masalahnya ahli Keadilan sendiri pun ada yang tulis begitu. Mungkin ahli-ahli tu tak ingat kehebatan Nurul Izzah 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝘁𝗮𝘁𝗼𝗿.
Nurul Izzah berada dalam perjuangan Reformasi ini 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗯𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶. Masa tu yang tuduh nepotisme tu pun mungkin 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗹𝗮𝗴𝗶.
Ahli Keadilan patutnya bangga adanya anak-beranak berkarisma seperti DS Anwar dan Nurul Izzah dalam parti. Itu kelebihan Keadilan.
Cuba tengok PM-PM sebelum ni. Siapa ada keunikan sebegini? Anak 𝗛𝘂𝘀𝘀𝗲𝗶𝗻 𝗢𝗻𝗻? Anak 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿? Anak 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵? Anak 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯?
Tak ada seorang pun boleh diharap. Anak 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 dan 𝗜𝘀𝗺𝗮𝗶𝗹 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶 pula pilih untuk jadi penyanyi. Mana ada PM yang anaknya punya ciri pemimpin hebat?
𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸? Ni yang nak buat aku gelak sampai berair mata. Hebat apanya Najib? 𝗛𝗲𝗯𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 ada la. Dari awal lagi Najib 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗿𝗶𝘀𝗺𝗮. Dia berucap pun aku nak gelak dengar.
Najib naik 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗧𝘂𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗮𝗸. Beza dengan Nurul Izzah, nama beliau naik ketika ayahnya di penjara. Beliau 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶!
Najib berjuang apa? Dia balik Malaysia ketika arwah bapanya dikenang sebagai pemimpin terhebat negara ketika itu. Manakala Nurul Izzah 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 yang mahu musnahkan keluarganya.
𝗧𝗮𝗽𝗶!
Aku 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗡𝘂𝗿𝘂𝗸 𝗜𝘇𝘇𝗮𝗵 untuk tanding jawatan Timbalan Presiden Keadilan untuk kali ini., walaupun aku pernah tulis Nurul Izzah adalah calon 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.
Bagi aku, biarlah 𝘴𝘵𝘢𝘵𝘶𝘴 𝘲𝘶𝘰 buat masa ini. Rafizi dah buktikan kebolehannya 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 dan 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮.
Rafizi berjaya bawa kejayaan bagi PH dalam PRU15 dulu. Manakala sebagai menteri, Rafizi berjaya untuk 𝘇𝗮𝗵𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝗷𝗲𝗸 perbaiki taraf ekonomi rakyat.
Bagaimana dengan Saifuddin?
Maaf cakap, kerja Saifuddin sebagai Menteri KDN pun masih 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 bagi aku. Bukan dia tak bagus tapi 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗻𝗶, Rafizi lebih baik. Guane boh?
Raja Gelap II
.
No comments:
Post a Comment